Peguam kanan Manjeet Singh Dhillon, mengesahkan tiada permohonan maaf yang diterima dari akhbar tersebut.
"Saya telah menerima arahan untuk memfailkan writ (saman) dalam beberapa hari lagi," kata Manjeet.
Terdahulu, dilaporkan bahawa Manjeet telah menghantar surat tuntutan kepada Utusan dua minggu lalu berhubung kolum Awang Selamat "Hebat Sangatkah Adnan?' dalam reaksinya terhadap komen Adnan berkaitan kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands.
Adnan menuntut Utusan menyiarkan permohonan maaf di muka depan kerana didakwa membayangkan Adnan telah terlajak tempohnya menjadi menteri besar.
Adnan menjadi MB Pahang selama 15 tahun sejak 1999, menjadikan beliau menteri besar Umno yang paling lama memegang jawatan tersebut.
MB Pahang itu mendakwa artikel tersebut tohmahan yang telah menimbul ejekan dan kebencian awam terhadapnya.
Adnan antara lain mendakwa artikel itu bermaksud beliau tidak mempunyai integriti, MB yang gagal dalam tugasnya, terlajak kedudukannya sebagai MB, dan seorang yang sombong dan menolak sebarang bentuk kritikan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan