dunia hiburan.
Perkara itu disentuh perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang lantang mempertikaikan kewujudan artis berhijrah seterusnya bergelar
ustaz ekspres dan ustazah jadian, terutama dalam Pas.
“Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi
dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno, Khamis
lalu.
Ketua Wanita Umno Baling itu juga kesal apabila wujud artis yang mendapat hidayah terus digelar ustaz atau ustazah, sehingga ada yang diberi peluang mengendalikan
program keagamaan.
“Penyanyi jadi ustaz, rockers jadi ustaz, artis dipanggil ustaz. Artis wanita bertudung pula jadi ustazah dan terus kendalikan program agama. Kewujudan
ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian, yang asalnya adalah pelakon, penyanyi dan rockers masuk Pas, celaru keadaan,” katanya.
Menurutnya, dibimbangi apabila golongan itu mengeluarkan pandangan yang menyimpang daripada ajaran Islam, boleh menyesatkan pihak yang mendengar.
“Orang ini mungkin ada kesedaran dan semangat Islam, tetapi tak boleh bercakap tentang hukum agama sebab tidak ada wibawa. Setakat pengalaman tidak melayakkan
kita jadi ustazah atau ustaz,” katanya.
update more ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan