Rabu, 3 Disember 2014

Dr Mashitah agaknya tak suka artis hijrah ke PAS .. dengki la tu hehehehehe

USTAZ ekspres, ustazah jadian; tajuknya sahaja sudah cukup menarik untuk membuat ramai berfikir.

Tetapi disebabkan isu Akta Hasutan yang melonjak menjadi topik utama di Perhimpunan Agong Umno di PWTC baru-baru ini, isu di atas bagaikan tenggelam.

Isu tersebut dibicarakan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim, selaku perwakilan Wanita Umno Kedah.

Beliau menyentuh tentang artis yang berhijrah dan giat berdakwah kebelakangan ini, yang, katanya, seolah-olah menjadi trend.

“Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama.

“Penyanyi jadi ustaz, rockers jadi ustaz, artis dipanggil ustaz. Artis, wanita bertudung pula jadi ustazah dan terus kendalikan program agama. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian, yang asalnya adalah pelakon, penyanyi dan rockers masuk Pas, celaru keadaan,” katanya.

Menurutnya, dibimbangi apabila golongan itu mengeluarkan pandangan yang menyimpang daripada ajaran Islam, boleh menyesatkan pihak yang mendengar.

“Orang ini mungkin ada kesedaran dan semangat Islam, tetapi tak boleh bercakap tentang hukum agama sebab tidak ada wibawa. Setakat pengalaman tidak melayakkan kita jadi ustazah atau ustaz,” kata Mashitah.

Kerana ruangan terhad, saya tidak mampu melaporkan lebih panjang seperti yang disiarkan dalam Sinar Harian sejak beberapa hari lalu.

Cuma sedikit saya ambil daripada apa yang beliau jelaskan selepas isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan beberapa artis, yang menjelaskan mereka ikhlas mahu mendekati agama.

Mashitah sendiri juga sudah menjelaskan: “Bukan tujuan saya menghina sesiapa atau memperlekeh mana-mana kumpulan. Istilah ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ bukan dicipta oleh saya, tetapi adalah ungkapan umum yang dibuat orang ramai terhadap mereka yang diketahui belum mahir dalam ilmu agama, tetapi sudah menampilkan diri bagaikan ustaz dan ustazah untuk memberi ceramah atau pandangan mereka di khalayak tentang hukum-hakam. Jelas, dalam ucapan saya, tidak salah bagi mereka yang baru berhijrah berkongsi pengalaman mereka dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak menyentuh soal hukum-hakam apalagi menghukum orang lain.”

Saya juga tidak bertujuan menukilkan rencana ini untuk persoalkan sesiapa. Saya sangka baik dan percaya semua yang terlibat berniat baik, cuma sekadar berkongsi pandangan dalam isu saya anggap penting.

Apa yang saya faham, garis panduan dalam Islam cukup mudah. Yang paling utama di sisi ALLAH ialah nawaitu.

Kalau nawaitu betul, insya-ALLAH amalan yang baik diterima ALLAH, tetapi jika nawaitu serong, ia tidak diredaiNya.

Pokok pangkalnya segala perbuatan baik bagi setiap umat mestilah kerana ALLAH.

Solat lima waktu, umpamanya, wajib, tetapi kalau solat tidak pernah ditinggal pun, sedangkan ia dilaksanakan untuk menarik perhatian orang sekeliling, maka ibadat itu tidak diterima ALLAH.

Begitu juga dengan puasa, kalau ditunaikan semata-mata kerana ALLAH, ia diterima, tetapi kalau dicampurkan dengan niat untuk menguruskan badan, puasa itu hanya sekadar lapar dan dahaga.

Memberi derma pun sama. Kalau hanya kerana ALLAH, ganjarannya disediakan ALLAH di akhirat, tetapi jika ditunaikan  untuk mendapatkan pujian atau kerana ada udang di sebalik batu, maka ditolak ALLAH.

Kata ustaz saya, jika kita buat perkara baik untuk akhirat, kita akan mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat, tetapi kalau kita buat hanya untuk dapatkan keuntungan dunia, maka kita dapat ganjaran di dunia; di akhirat kita tidak dapat apa-apa pun.

Ia mengingatkan saya kisah tiga orang - seorang mengajar dengan ilmunya, seorang mati dalam peperangan, sementara seorang lagi memberi sumbangan kepada orang lain - namun ketiga-tiga mereka diperintah ALLAH untuk dihumban ke neraka kerana DIA tahu mereka melakukan semua itu bukan ikhlas keranaNya, tetapi untuk mendapat pujian semata-mata.

Kesimpulannya, kemuncak bagi segala amalan itu adalah ikhlas.

Ikhlas itu ibarat semut hitam, yang berjalan di atas batu yang hitam, pada malam yang gelap gelita. Yang tahu hanya ALLAH.


update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: