mereka sebagai "bangsat".
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris ketika berucap dalam sesi penggulungannya mensasarkan, Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk
Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin serta mempersoalkan
sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini.
"Saya beri peringatan kepada Saifuddin, dahulu semasa jadi menteri apa yang dia buat, apa tanggungjawab dia? Apabila kita mempertahankan beberapa perkara
kita dicemuh," katanya, merujuk kepada jawatan timbalan menteri pengajian tinggi yang pernah disandang Saifuddin.
"Nur Jazlan, dia bangsat. Dia binatang. Semasa di UDA, apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu?" kata Fahmi, merujuk kepada organisasi yang diketuai
Jazlan sebelum ini.
Ketika mengulas berkenaan Khairy, Fahmi berkata pemimpin Umno itu seringkali tidak mengendah dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang,
beliau menjadi orang pertama tiba di lokasi itu.
"Waktu masjid diletakkan kepala babi, mana dia?" soal Fahmi.
Beliau turut mengingatkan pemimpin Umno, Perkasa mempunyai keahlian di seluruh negara dan ahli akan menolak pemimpin seperti mereka.
"Umno juga bermula dengan NGO. Dulu mereka melawan penjajah," katanya.
"Sudah cukuplah kita dipergunakan, sampai bila kita nak macam ini," katanya.
Beliau juga memberi peringatan ketika kes mahkamah kalimah Allah, pemimpin Umno sendiri tidak kelihatan bersama-sama mereka bagi memperjuangkan perkataan
suci umat Islam itu.
"Mana menteri yang duduk di Putrajaya, sekangkang dengan Istana Kehakiman?
"Mereka tak nak bantu tidak mengapa, tapi jangan menyusahkan.
"Ahli kita ada di merata tempat. Pastikan kita tolak pemimpin macam ini," tambahnya. -TMI
Wahai PERKASA .. yang melenyapkan duit rakyat dengan skandal NFC dan 1MDB tukau panggil apa ..? Tuhan? Celako betol.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan