Isnin, 15 Disember 2014

Alamak baru aku tahu perwakilan PERKASA ini bangang melantun-lantun

Perwakilan PERKASA Jakarta dan Bogor, Indonesia Nazri Ismail mencadangkan agar penjawat awam yang menyokong pembangkang diberhentikan kerja.

Sebaliknya, katanya, tempat itu harus digantikan dengan graduan universiti yang menyokong kerajaan.

“Penjawat awam yang pro kepada pembangkang dan yang masih berkhidmat (harus) dikenal pasti dan diberhentikan dan diganti dengan graduan universiti yang pro kepada kerajaan.

“(Graduan) yang baik, boleh membantu membangunkan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara) 153, mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu,” katanya di Persidangan Agung tahunan ke-5 PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Anak kelahiran Terengganu itu turut berkata kini semakin ramai profesional Melayu melupakan jasa pejuang bangsa.

“Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis dan jatuhnya Tanah Melayu kerana adanya pembelot yang telah menjual maklumat kepada musuh,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Apa? dia diJakarta kerja cuci jamban ke? Patutlah tak tahu bahawa dibawah Perlembagaan Persekutuan, penjawat awam adalah apolitical...tidak memihak pada mana2 parti politik.

Itu sebab dipanggil penjawat awam atau kakitangan awam atau public servant( hamba kpd orang awam).

Bodoh punya perkasa.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju... sebab boleh buang kakitangan2 kerajaan Negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang pro BN. Barulah kerja-kerja sabotaj kurang berlaku di negeri2 tu.

Tanpa Nama berkata...

Habis macam mana nak tegur kerajaan semasa dalam jawatan? Patutla Tan Sri Rashid tegur pun di luar jawatan.Spesis Zahid komedi ni.

Tanpa Nama berkata...

nak tanya jebon ni....
belot kpd kerajaan rasuah dan menghabiskan tanah simpanan melayu macamana....
pemimpin yg rasuah dan jahat tu patut diturunkan dari jawatannya..