TI.
Semenjak mengenali TI, suami berubah menjadi pemarah dan mula mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga. Setiap bulan suami hanya menghulurkan RM50 untuk
perbelanjaan rumah. Mujurlah saya bekerja dan mampu menyara keperluan anak.
Hakikatnya, saya tidak kisah kalau nafkah saya diabaikan, tapi nafkah makan dan pakai anak amat penting kepada saya.
Biarlah saya tidak bertukar baju asalkan anak tidak kelaparan. Malah saya bertambah kasihan apabila melihat anak pertama kerap bertandang ke rumah jiran
untuk bermesra dengan ayah orang, padahal bapa sendiri sibuk bersama kekasih hati.
Untuk pengetahuan, saya ada bertemu beberapa pakar perubatan tradisional dan mereka mendakwa TI ada memberi suami saya makanan kotor untuk menundukkannya.
Hingga kini mereka masih belum bernikah dan sering melakukan zina. Suami pula seakan-akan lembu dicucuk hidung dan hanya menurut suruhan TI.
Baru-baru ini TI menggesa suami menceraikan saya, namun beliau enggan kerana masih sayangkan keluarga kami. Namun dalam masa sama saya tetap ditinggal
bergantung tak bertali.
Saya buntu memikirkan hal suami dan saya sendiri berdepan masalah kewangan. Tolonglah bantu saya. Saya tidak tahu sama ada mahu meminta cerai atau melaporkan
hubungan mereka kepada pihak berkuasa agama. Saya masih sayangkan suami.
ISTERI TERLUKA,
Kuala Lumpur
Ramai yang mengaitkan masalah sebegini konon ada gangguan akibat ilmu penunduk. Tetapi selaku pengamal undang-undang syariah, saya tidak melihat isu ini
timbul akibat daripada unsur mistik sebaliknya berpunca daripada sikap dan nafsu pasangan yang melakukan perbuatan itu sama ada suami atau isteri.
Jika pasangan terbabit berpegang kepada batasan hukum halal haram serta melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagaimana digariskan hukum syarak, masalah
seumpama ini tidak akan berlaku.
Masalah ini juga ibarat penyakit barah yang sukar diubati, tetapi mudah merebak dan merosakkan seluruh sistem badan sama ada secara segera ataupun perlahan-lahan.
Jika seorang suami yang terleka dengan belaian perempuan lain dan dia tidak dapat mengawal gelora nafsunya, maka sudah pasti dia akan lama berada di dalam
dosa dan noda itu sehingga dia sanggup melupakan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan sebagai suami atau bapa.
Maka dalam hal ini, isteri yang sayangkan suaminya hendaklah mengambil langkah segera menanganinya dengan apa juga cara yang patut bagi menghentikan perbuatan
suami daripada berterusan.
Ini kerana jika isteri hanya mengharapkan suami yang akan berubah dengan sendirinya, saya berani mengatakan bahawa harapan itu adalah hampir mustahil menjadi
kenyataan.
Malah, jika dibiarkan berterusan ia akan menyebabkan suami mencipta komitmen lain dari segi kewangan dan masa yang akhirnya akan mengganggu komitmen asal
beliau terhadap isteri dan anak.
Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, puan boleh memulakan dengan teguran secara baik serta mengingatkan beliau mengenai bebanan dan tanggungjawab yang
dipikul oleh beliau.
Namun, perkara berkenaan hendaklah dilakukan selepas mendapat bukti sahih atau sangkaan berasas.
Dengan cara itu akan dapat mengelakkan perbalahan rumah tangga kerana suami isteri mengamalkan sikap boleh menerima teguran dan peringatan daripada pasangan
masing-masing demi kelangsungan rumah tangga mereka.
Namun, andainya masalah ini dapat dihidu selepas lama berlarutan dan mungkin perbincangan secara dalaman suami isteri tidak lagi praktikal, maka tindakan
drastik hendaklah diambil melalui proses undang-undang iaitu sama ada terus menyaman suami supaya menjalankan tanggungjawab terhadap isteri dan anak atau
memulakannya dengan sesi kaunseling di pejabat agama atau mana-mana kaunselor bertauliah.
Puan boleh juga menggunakan khidmat dan bantuan orang dihormati suami yang boleh menasihatkan beliau untuk kembali ke pangkal jalan.
Semoga dengan cara ini, suami akan kembali sedar walaupun terlanjur jauh, tetapi isteri dan anaknya masih menyayanginya dan memerlukan kasih sayang daripadanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Ingatlah 1 kali anda berzina, 40 tahun amalan baik tidak diterima Allah selagi tidak bertaubat dgn sebenar-benar taubat..takutlah akan kepanasan api neraka iaitu 70 kali kepanasan api didunia
Ada hadis @ ayat quran yg kata 40 thn amalàn x diterima. Boleh nyatakan utk pencerahan.
Catat Ulasan