masih berada pada tahap selamat, dengan tahap bahaya 145 meter.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar tidak mempercayai khabar angin kononnya air di empangan itu akan dilepaskan bagi mengurangkan tekanan air yang
boleh memberi kesan kepada sistem takungan empangan itu ketika musim banjir sekarang.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata kerajaan negeri memandang serius penyebaran khabar angin itu kerana ia boleh menimbulkan
panik dalam kalangan orang ramai, terutama penduduk sekitar Hulu Terengganu.
"Saya berharap orang ramai jangan mempercayai khabar angin yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), aplikasi Whatsapp atau laman sosial Facebook,"
katanya pada sidang media tentang perkembangan terbaharu banjir di Terengganu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusof.
Menurutnya faktor kejadian banjir di negeri ini turut disebabkan kejadian air pasang besar.
"Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan purata hujan yang tinggi melebihi 100 ml sehari dan berterusan lebih 48 jam serta kenaikan
aras laut iaitu setinggi 2.5 hingga 2.8 meter mengakibatkan berlakunya banjir hampir keseluruhan negeri Terengganu.
"JPS menjangkakan air pasang besar akan terus berlaku sehingga 27 Disember ini bermula jam 9 malam hingga 1 pagi iaitu paras air akan meningkat sehingga
2.7 meter," kata Mazlan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat yang meninjau keadaan di Empangan Stesen Hidroelektrik Sultan
Mahmud lewat petang ini berkata keadaan adalah selamat.
Katanya pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kepadanya keadaan terkawal dan paras air belum lagi mencapai tahap maksimum. - Bernama
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
ye ker?
cantikkkkk...ikan siakap air tawar boleh berenang turun bawah.
Catat Ulasan