Selasa, 4 November 2014

Bicara kes liwat 2 Anwar - 4 November 2014

3.00pm: Shafee berkata Saiful tidak bersubahat kerana pemuda itu adalah mangsa jenayah seks.

“DNA Anwar ditemui di beberapa bahan bukti, maka terdapat sokongan,” katanya.

Shafee menamatkan penghujahannya dan berkata rayuan balas akan dijalankan kemudian jika Anwar mendapati Anwar bersalah.

Gopal memohon agar persidangan mahkamah ditangguhkan ke hari lain, dan mencadangkan hari Khamis.

Hakim bersetuju persidangan ditangguhkan dan bersambung hari Khamis.

2.50pm: Shafee berkata Karpal mahu mendapatkan salinan kenyataan beramaran Saiful permohonan itu tidak bermakna Anwar memohon untuk mencabar saksi utama tersebut.

"Gerak hati sahaja tidak memadai. Jelas sekali permohonan Karpal bukan untuk mencabar Saiful tetapi untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful,” katanya.

2.40pm: Shafee seterusnya berkata, seluar dalam Saiful berwarna kelabu menyokong hujah tersebut.

Katanya, tiada siapa yang peduli tentang Saiful ketika bekas pembantu Anwar itu bertemu dengan pegawai kanan polis, Mohd Rodwan Mohd Yusof sehinggalah selepas kejadian itu berlaku.

"Ini boleh menjelaskan mengapa Saiful ahanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu kerana tiada siapa yang mengambil berat tentang masalah Saiful,” katanya.

2.35pm: Shafee merujuk kepada gambar yang menunjukkan Saiful berada di majlis jamuan teh Anwar.

Ketua pembelaan, Gopal Sri Ram dalam hujah sebelum ini mengemukakan bahawa kamera tidak menipu, dan ia menujukkan perilaku Saiful.

Shafee berkata gambar tersebut tidak boleh dikemuka sebagai bukti dan jurugambar tersebut perlu dipanggil.

"Ini bukan bukti dokumentari dan peraturan terguna pakai. Ini bukan dokumentari dengar cakap,” katanya.

Shafee berkata Gopal mendakwa Saiful kelihatan normal, namun beliau berpendapat pengadu kelihatan susah hati.

“Maka perkara ini sangat subjektif,” katanya.

1.20pm: Seramai 50 penyokong Saiful berhimpun di luar Istana Kehakiman dengan membawa kaid rentang dan poster.

Antaranya, Salahuddin Abdullah, 22, dari Sepang yang memberitahu Malaysiakini bahawa beliau berpendapat, Anwar mencemarkan agama Islam.

"Kita mesti lawan orang yang mencemarkan Islam,” katanya.

Sementara itu, seramai 20 orang penyokong Anwar yang berhimpun dekat sekatan polis menimbulkan sedikit kekecohan apabila mereka meminta dibenarkan melepas sekatan.

Kumpulan itu diketuai ketua PKR cabang Kuala Selangor, S Manikavasagam.


Baca yang ini dulu untuk faham cerita seluar dalam Saiful Bukhari

seluar dalam Saiful mungkin penyelamat Anwar Ibrahim

1.09pm: Hakim Ariffin mengumumkan mahkamah berhenti rehat dan persidangan akan diteruskan semula pada jam 2.20pm.


12.30pm: Shafee mengemukakan hujah bahawa sampel daripada dubur akan tahan lebih lama daripada kawasan peri-anal.

Katanya, ada rekod menunjukkan sampel boleh tahan sehingga 65 jam di kawasan dubur.

“Dalam kes Anwar, sampel berkenaan diambil selepas 56 jam,” katanya.

Shafee seterusnya mengemukakan satu tulisan dalam bahasan Thai, dengan rumusan dalam bahasa Inggeris, yang dibantah oleh Ram Karpal.

"Artikel ini sudahpun diteliti oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kita tidak boleh membenarkan satu tulisan dalam bahasa Thai di mahkamah.

"Jika tidak, kita boleh sahaja mengambil satu tulisan dalam bahasa Sepanyol,” kata peguam itu.

Hakim Arifin merekodkan bantahan berkenaan.

Shafee seterusnya mengemukakan hujah berdasarkan atikel Thai itu namun disekat oleh Hakim Suriyadi kerana beliau tidak dapat menafsir kandungan artikel berkenaan, walau ia berkaitan dengan kesalahan seksual.

"Kita tidak tahu sekiranya ia dilakukan ke atas seekor ayam,” kata hakim tersebut.

Shafee bagaimanapun menegaskan bahawa ia bukan ke atas seekor ayam.

Hakim Suriyadi seterusnya berkata: “Kita tidak tahu sekiranya ia mengenai KFC,” yang menyebabkan galeri mahkamah gamat seketika dengan gelak ketawa.

12.07pm: Dalam hujahan mengenai seluar dalam Saiful, yang digunakan semasa pengadu pergi ke HKL, Shafee berkenaan bukti berkenaan bukanlah perkara yang mustahil.

Kesan mani didakwa milik Anwar ditemui di seluar dalam terbabit.

Katanya, perkara itu dipersoalkan oleh pembelaan, dan seterusnya menjelaskan bahawa ia mungkin berlaku kesan daripada Dr Osman yang memasukkan protoskop untuk memeriksa dubur Saiful.

Katanya,, ia mungkin cairan yang diambil daripada Saiful oleh doktor HKL, kata pendakwa itu lagi.

11.50am: Beliau seterusnya membincangkan mengenai gambar yang diambil daripada lokap Anwar, yang menunjukkan ubat gigi, berus gigi dan juga tuala yang sudah digunakan.

Katanya, rumusan boleh dibuat bahawa Anwar membuka bungkusan barangan berkenaan, yang diserahkan kepada polis.

Shafee berkata allele 18 yang ditemui di kawasan peri-anal mungkin berasal daripada Dr Osman.

"Allele 18 hanya muncul sekali dan apa yang PW6 katanya bahawa ia adalah permulaan. Permulaan adalah bacaan yang salah,” katanya.

sarung tangan untuk memeriksa pesakit terutama untuk bahagian sulit? Sulit dipercayai peguam ini.

11.40am: ‎Dalam hujahnya mengenai allele 18, Shafee berkata Saiful periksa oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan tiada bukti bahawa protoskop yang digunuakan itu telah disteril.

"Tiada bukti sama ada Dr Osman memakai sarung tangan memandangkan beliau memeriksa keseluruhan dubur Saiful.

“Ada kemungkinan bahawa DNA Osman tertinggal pada Saiful,” katanya.


11.32am: Keterangan McDonald ditolak sejak 2007 dan juga dalam dua kes pada 2014, kata Shafee.

Katanya, McDonald akan memberi keterangan mengenai apa saja “di muka bumi”.

11.22am: Shafee berkata kaedah digunakan Malaysia setanding dengan Singapura daalam soal ujian DNA.

Katanya, McDonald tidak boleh dipercayai kerana mahkamah Australia juga tidak menerima keterangannya.

"Beliau ditolak oleh banyak mahkamah di Australia dan Brunei,” kata Shafee.

11.15am: Shafee membacakan keterangan saksi Dr Brian McDonald bahawa sampel yang ditemui dari dubur Saiful adalah segar.

Katanya, bukan hanya Mahkamah Rayuan, malah pihak Australia juga menyifatkan McDonald sebagai seorang yang bukan pakar.

10.42am: Shafee berkata ekor sperma mungkin akan cair, namin kepalanya tetap utuh.

Ahli kimia berjaya mendapatkan bacaaan daripada kepala sperma dan bacaannya sempurna, katanya.

Shafee dilihat cuba mempertikaikan hujahan Ram Karpal bahawa sampel mesti dalam keadaan segar untuk membolehkannya dalam keadaan tulen.

Hakim Arifin mengarahkan mahkamah berhenti rehat sehingga jam 11 pagi.

10.25am: Shafee mengemukakan hujahan balas mengenai kemerosotan mutu bahan bukti yang dikemukakan.

Katanya, sekiranya bacaan tersebut dapat diperolehi maka ia tidak sepatutnya dipersoalkan.

Pendakwaan seterusnya menambah (ahli kimia) Seah tidak menyatakan bahawa sampel berkenaan dalam keadaan tulen namun bacaannya sempurna.

Katanya, Mahkamah Rayuan juga menangani isu sampel dan ini tidak dipertikaikan.

Beliau memetik kes pembunuhan di Australia, R vs Butler di mana sampel DNA diambil daripada tuala yang ditanaam selama 13 tahun.

"DNA ditemui di tuala di mana mani ditemui. Bacaannya dianggap sepadan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan membunuh,” katanya.

Shafee seterusnya memetik sumber artikel di Internet, namun Hakim Arifin mempersoalkan bagaimana mahkamah dapat menilai artikel di Internet.

“Dalam kes saya, bacaannya sempurna”.


10.20am: Turut hadir di galeri awam ialah naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungib.

Shafee berkata Mahkamah Rayuan menyabitkan Anwar dan sekiranya ketua pembangkang itu berkata sampel mani itu bukan kepunyaannya, maka dia perlu membuat ujian DNA sendiri untuk membuktikan sebaliknya.

10.15am: Dengan mengaitkan contoh kes warga India terbabit, Shafee mengemukakan hujah bahawa kes Anwar bukanlah kes pertama yang didakwa melibatkan konspirasi.

"Bagaimana kita menjelaskan sampel mani Anwar ditemui (di dubur Saiful). Tuduhan yang luas berhubung konspirasi mestilah boleh dipercayai dan logik, dan mahkamah harus menilai perkara ini.

"Pembelaan tidak menjelaskan bahawa mani Anwar berada di situ,” kata pendakwa yang dilantik kerajaan itu.

10.05am: Shafee mengemukakan hujah bahawa Anwar mendakwa kes liwat tersebut merupakan fitnah paling besar ke atasnya, namun Anwar tidak menafikan kehadirannya di kondominium tersebut.

Shafee seterusnya menunjukkan rakaman kehadiran Anwar dan Saiful daripada kamera litar tertutup.

"Ini menjadi tanggungjawab Anwar untuk mempertikaikannya (kehadiran di unit kondo).

Memandangkan pembelaan tidak mengemukakan bukti alibi, Shafee berkata ini akan memberi natijah buruk ke atas tertuduh.

10am: Shafee berkata, berdasarkan kes ahli politik di negara India itu, keterangan yang menyokong perlu dibuat ke atas Anwar apabila ketua pembangkang itu gagal memanggil saksi alibi beliau.

"Kami (pendakwaan) membuktikan kehadiran Anwar di unit (kondominium) tersebut,” katanya.

Hakim Suriyadi menyoal sama ada tertuduh memberi keterangan dari kandang tertuduh atau sebaliknya dalam kes warga India tersebut.

Shafee berkata ahli politik India tersebut memilih untuk berdiam diri.

Pendakwaan seterusnya mengemukakan dua gambar yang menunjukkan Anwar dan Saiful di unit kondominium tersebut ketika kejadian liwat didakwa berlaku.

9.36am: Shafee selanjutnya memetik pelbagai kes undang-undang di mana "adverse inference" boleh dibuat terhadap Anwar kerana tidak memanggil saksi-saksi pembelaan.

Dia memetik keputusan Mahkamah Agung India berhubung kes seorang ahli politik yang membunuh isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka dan cuba untuk membuang mayat itu dengan membakarnya dalam "tandu".

Ahli politik itu, kata Shafee, memberikan senarai saksi alibi tetapi tiada seorang pun saksi dipanggil untuk membuktikan alibi itu.

Tetapi, katanya, terdapat bukti untuk membuktikan kehadiran ahli politik itu ketika mayat itu dibakar di restoran miliknya.

Shafee berkata, kegagalan untuk memanggil saksi-saksi alibi dianggap sebagai bukti sokongan (corroborative evidence) bebas.

9.30am:Shafee membaca transkrip mahkamah.

Beliau berkata Karpal ketika itu berkata notis alibi telah diberikan.

Shafee berkata, itu tidak kekal kerana tiada seorang pun daripada mereka dipanggil.

Beliau memetik satu kes undang-undang di mana "adverse inference" boleh digunakan berikutan kegagalan pihK pembelaan untuk memanggil saksi alibi itu.

9.22am: Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Hakim Arifin.

Shafee menyambung hujahnya mengenai alibi Anwar.

Katanya, 13 saksi dinamakan termasuk Wan Azizah dan pemilik kondominium Hasanuddin.

8.57am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memasuki dewan mahkamah.

Balu mendiang Karpal - Gurmit Kaur - duduk di sebelah Wan Azizah sementara Anwar dilihat berbincang dengan Azmin.

8.50am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah bersama isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bersama mereka ialah peguambela Gobind Singh Deo.

Turut kelihatan ialah balu mendiang Karpal Singh - Gurmit Kaur - dan
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Beberapa pemerhati dari kedutaan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman juga hadir.

8.30am: Kira-kira 200 penyokong Anwar berkumpul di luar Istana Kehakiman di Putrajaya di mana kes rayuan Liwat II akan didengar.

Sudah berada di mahkamah ialah peguam Tan Sri Gopal Sri Ram,
Sangeet Kaur Deo, N Surendran, R Sivarasa, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.

Di pihak pendakwa pula, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria sedang bersiap bersedia.

MP PKR Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong memasuki dewan mahkamah.


Dengan pendakwa yang dilantik oleh kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka menyelesaikan penghujahannya hari ini dan pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim pula membuat hujah balas, persoalan terbesar ialah sama ada Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusannya hari ini.

Rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dalam kes Liwat 11 dan hukuman penjara ke atasnya memasuki hari keenam yang mendengar penghujahan oleh pihak pendakwa dan pembelaan.

Anwar semalam memuji lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang sabar dan memberi penuh perhatian mendengar semua hujah yang dikemukakan oleh peguamnya.

Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh bekas Hakim
Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram (kanan), telah menimbulkan pelbagai isu yang mempersoalkan kredibiliti Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa menjadi mangsa dakwaan liwat itu.

Peguam N Surendran berhujah bahawa kes itu adalah satu konspirasi politik, manakala Ram Karpal Singh pula membangkitkan isu berkaitan dengan keputusan DNA.

Peguam Sangeet Kaur Deo pula mempersoalkan cara sampel diambil dari lokap dan mempersoalkan kesahan penangkapan Anwar pada 16 Julai 2008.

Shafee pula mempertahankan kredibiliti Saiful sebagai saksi dan meminta mahkamah menerima bahawa dakwaan insiden liwat di Desa Damansara bukanlah yang pertama dan satu-satunya di antara Anwar dan Saiful.

Beliau juga memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa walaupun jika penangkapan Anwar menyalahi undang-undang dan cara polis mengambil sampel Anwar dari lokap adalah melalui "tipu daya", namun katanya, bukti DNA itu masih boleh diterima, dengan memetik satu kes undang-undang Singapura yang diterima di Singapura, Malaysia dan Komanwel.

Shafee (kiri) dijangka menyambung hujahnya tentang isu DNA hari
ini, dan selepas itu pasukan pembelaan akan membalas hujah berhubung perkara yang dibangkitkan oleh pihak pendakwa.

Oleh itu, persoalan terbesar ialah sama ada panel yang diketuai Hakim Arifin akan mengumumkan keputusannya dengan segera, atau mengumumkannya pada hari yang lain.



Warkah terakhir dari Anwar Ibrahim



Saudaraku, 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi.Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara.

Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita.




Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini.Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian.

Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan.Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia ditangan kamu semua.Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa.Kamu penentu masa depan negara.

Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua.
Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini.Kita jumpa esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Reformasi! Allahuakbar!
Anwar Ibrahim

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

10 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kilauan emas laknatullah...

Tanpa Nama berkata...

kilauan emas entah apa2 ntha. ha ha ha. penyokong tegar sepol. ye...kalah nanti apa pun tarak. komen byk2 pun tarak guna. siap ler sepol punya maruah hilang terus........dh kalah... he he he.....azmin ke mana ali ke mana khalid ke mana ibrahim ke mana sepol kemana tau tau hujan dah turun.. ani...angkat jemuran hujan dah turun....

Tanpa Nama berkata...

Kilauan Emas Keturunan BABI BODOH..!!

Tanpa Nama berkata...

Buat Renungan Kilauan Emas.... kalau kita tidak suka seseorang itu jangan mengejinya, menghina, mengaibkannya... ingatlah Allah, kita sama-sama hamba.. kalau Kilauan Emas berasa diri lebih mulia.. itu riak namanya.. Muhasabah diri kita dulu, sebelum mencerca orang lain... saudara dah berdosa dengan Anwar ... jika benar anwar bersalah itu urusan dia dengan Allah.. bagaimana pula dosa anda dengan anwar... adakah anda yakin anwar akan memaafkan anda sebelum anda dipanggil menghadap Allah ?

Unknown berkata...

Kilauan emas...sudah sudah ler Kita menghina sesama manusia...kembalilah pada ajaran Islam...setiap yg bersalah Akan dihukum oleh Allah swt...





Tanpa Nama berkata...

Kilauan emas kalau nak kencing pun agak agaklah...macai umngok bolehlah lu kencing...memang dilahirkan untuk dikencingkan...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Kenapa la ayor mani nuar jijah letak sepah2...hihihi...

Tanpa Nama berkata...

Macai nuar...pon kene kencing..tp pintu hati tetutup..

Tanpa Nama berkata...

komen ko ni tak layak di balas. sekadar peringatan. dosa mulut paling banyak memasukkan manusia ke neraka. mengata org tapi ko lg lebih. hanya Allah aje yg mampu balas org mcm ko ni. bertaubat dan minta maaf pd saudara ko yg ko kata keturunan xxxx tu. ingat. ko tunggu lah dia kat akhirat untuk minta maaf nnti. ingatlah...neraka ti terlalu berat siksaan nya...

Unknown berkata...

kilauan emas dan lain2 adalah pencacai umnobn yg ditugaskan untuk buat apa sahaja mengaib, menfitnah anuar dan rakan2 dlm pr termasuk pas dan pejuang kebenaran krn x mau pr dan anuar berkilau biar umnobn yg berkilau sepanjang masa , rakyat diperbodoh2 pemimpin pr akan difitnah habis2an supaya rakyat percaya sendiwara ini tapi kami adalah rakyat cerdik x macam hampa x kira dosa pahala janji dapat habuan dunia yg sedikit..... tungggu lah di akhirat balasan ALLAH pd hampa yg menjadi tukang karot......