Sekarang lempar batu sembunyi tangan. Ku Nan hanya main-main dan tiada telur pun untuk berani bersemuka.
Tapi masih ingat menjelang PRU 13 yang lalu. Muhyiddin terang-terang mengatakan PAS ajaran sesat. Tengok video kat bawah;
Kenapa PAS tidak ambil tindakan? Apakah PAS takut dengan apa yang dikatakan Muhyiddin itu?
Laporan berita dari Malaysiakini pula memetik;
PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.
Keputusan tersebut disahkan oleh Pengerusi Biro Undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga anggota parlimen Sepang hari ini.
Beliau berkata satu surat tuntutan akan dihantar kepada Tengku Adnan minggu ini atau minggu depan, menuntut menteri Wilayah persekutuan itu memohon maaf atas kenyataan yang dibuat.
"Kami akan memberi masa selama 48 jam kepada beliau untuk menarik balik (kenyataan itu) dan memeohon maaf. Saya lihat ucapannya secara terperinci dan beliau sememangnya telah melemparkan tuduhan terhadap kamu," katanya.
Tengku Adnan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, kelmarin dan mendakwa Umno merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.
Last bagi yang suka kata PAS sesat cuba dengar kat bawah ..
Betul kata UAI, orang kampong dah tak bodoh sekarang, kalau ada pun bodoh sikit-sikit je. Yang bodoh yang karat biru sahaja.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Cahaya Islam trus bersinar melalui kerja2 ulama' haraki sprti UAI Dan Dr A Jalani (walau pun masih pada skala kecil) yg kerapkali menyentuh perkara2 teras atau pokok, seperti Judi Dan arak adalah Dari 'amalan syaithon. Lantaran ITU Peri mustahaknya vidio seperti "UAI, PAS PARTI AJARAN SESAT?" disebarluas sebanyak mungkin oleh para pembaca Dan aktivis saiber, sebagai sumbangan kita kepada Islam. Semoga mendapat keridhoan Allah S.W.T. Dan rahmatNya. Amiin.
Catat Ulasan