Khamis, 6 November 2014

Mungkinkah duit rakyat RM215 juta akan lesap ditangan kroni UMNO? Inilah pendedahannya!!

pen buruk online ™ menconteng ...

1. Kerajaan bagi pinjam RM250 juta kepada NFC. Duit tu bukan anak beranak Najib dan pemimpin UMNO ppunya. Tapi duitrakyat.

2. Selepas pendedahan demi pendedahan dari pakatan rakyat (terima kasih kepada Rafizi Ramli) akhirnya kroni ini kantoi. Nak harapkan penyokong UMNO sampai khiamat tak akan ada bunyi punya.

3. Selepas kutipan semula selama dua tahun dan selepas diberi peluang kerajaan hanya dapat kutip balik duit pinjaman tu sebanyak RM34.9 juta sahaja.

4. Selebihnya RM215 juta belum pasti dapat balik ke tidak sebab kerajaan dah bercadang nak batalkan kontrak dengan NFC.

5. Selepas itu kerajaan akan ambil tindakan undang-undang.

6. Nilai harta kalau declare muflis pun aku rasa tak cukup nak cover RM215 juta tu balik. Tak taulah kalau ada harta tersorok ke apa ke yang boleh bayar balik.

7. Persoalannya jenis undang-undang apa akan dikenakan kepada keluarga Menteri ni?

8. Persoalan lain, bila bicara kes akan dimulakan?

9. Kalau ambil contoh Khir Toyo sampai sekarang tertangguh lagi. Apa punya banyak tangguh dah. Jadi ambil contoh tu, boleh tak kita ragu kes ini akan berpanjangan?

10. Yang perlu kita ketahui, kerajaan UMNO gagal urustadbir dengan baik. Pemimjam PTPTN dikejar dan dihambat macam penjenayah. Yang krooni tak tau istilah apa.

11. Dengan itu, segeralah hapuskanriwayat UMNO. Biar orang lain pula memerintah.

Kerajaan pusat akan batal kontrak NFC


Kerajaan Persekutuan akan membatalkan kontrak dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka ekoran mungkir membuat pembayaran.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen berkata NFC gagal mememenuhi kemajuan pembayaran semula kepada kerajaan, pinjaman sebanyak RM250 juta bagi organisasi itu bagi 2014, dan juga telah gagal untuk mematuhi permintaan untuk membuat pembayaran.

"Kerajaan akan membatalkan penjanjian itu dengan NFC dan akan mengambil tindakan undang-undang," jawapan bertulis itu dipetik sebagai menjawab kepada Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, NFC telah membayar RM34.98 juta daripada pinjaman yang diambil.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Um nointegriti berkata...

laknat utk umno yg zalim dan assobiyah.

jika kita tidak mahu malaysia menjadi negara ke4 setaraf Benin Bukina Paso dll...... buang umno dr pemerintahan

Tanpa Nama berkata...

Kes ini sebelum NFC mendapat konrak feedlot ini, dr2 dari jab veterinar memberi pandangan projek ini akan gagal mengikut kajian mereka, oleh kerana kroni dan orang kuat umno yang diberi projek oleh menteri pertanian pada masa itu, maka jabatan kena akur, biasalah pegawai kerajaan, kami yang mengikut perintah, sebab pandangan mereka penerima kontrak tidak mempunyai kemahiran dalam bidang ternakan, ada beberapa syarikat yg berpengalaman dlm bidang ternakan berpuluh tahun yang sepatutnya diberi kepercayaan untuk meningkatkan pengeluaran ternakan dalam negara, tapi pemimpin umno ni kan punya sikap tamak
Bila lihat wang besar didepan mata, kalau duit mak bapak mereka, kita tak kisah nak pelingkup, tapi ini duit rakyat yang kais pagi makan pagi, duit cukai rakyat, kami haramkan mereka guna duit kami untuk membina kekayaan keluarga mereka, tidak amanah dlm mengendalikan wang rakyat, kami haramkan setiap zat yang mengalir dalam darah mereka dari wang air mata darah rakyat, kami akan tuntut setiap sen hingga keakhirat, ini lah padahnya bila mentadbir negara mengikut hawa nafsu, tidak mahu mendengar nasihat dan pandangan pakar, kita punya ramai pakar2 dalam negara, tapi umno ni lebih suka bayar khidmat penasihat dari luar dng bayaran berjuta2, orang luar dia peduli apa, janji masuuk lebat, nak lingkup apa depa peduli, bila da lingkup, masih sombong pada rakyat, berlagak, cakap siap sengseng lengan baju, kami haramkan setiap sen duit kami kau guna beli kondo dan setiap aset bukan dari wang dari milik kamu