KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan kerajaan kekurangan duit apabila ahli parlimen membangkitkan masalah pembinaan hospital di kawasan masing-masing.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan kerajaan yang menangguhkan pembinaan Kospital Pendang ke RMK11 sedangkan sepatutnya dibina dalam RMK10 berdasarkan papan tanda yang terpacak di tapak pembinaan.
"Agak hairan, sepatutnya pembinaan hospital sudah berjalan dan papan tanda pun sudah ada tetapi tiba-tiba kerajaan kata projek itu dalam RMK11. Apa masalah sebenarnya," soal Mahfuz ketika mencelah pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di bawah Kementerian Kesihatan.
"Masalah sekarang kurang duit," kata S. Subramaniam.
Menurut Mahfuz, kerajaan tidak sepatutnya menabur harapan kepada rakyat dengan memacak papan tanda kononya hospital akan dibina.
"Lebih baik tidak payah pacak papan tanda. Ini membuatkan rakyat menaruh harapan tinggi. Ini sama apa yang disebut Bintulu kementerian 'kong kali kong'," ujar beliau.
Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye turut bangkit mempertikaikan jawapan menteri berkenaan.
"Alasan kurang duit, saya tidak berpuas hati," katanya yang turut membangkitkan masalah Hospital Seri Iskandar.
Malah beliau turut percaya masalah tidak ada duit akan berterusan kerana projek tidak berjalan mengikut jadual asal.
"Apabila projek tangguh, Pendang minta, Gopeng pun minta, masalah duit akan berterusan," katanya.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut meminta Kementerian Kesihatan agar memasukkan pembinaan Hospital di Sepang dalam RMK11. - HARAKAHDAILY 5/11/2014
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan