Lelaki berusia 30-an itu dilaporkan gemar meliwat isterinya sejak setahun lalu hingga menyebabkan wanita terbabit sering mengalami kesakitan dan terpaksa mendapatkan rawatan dari doktor.
Akibatnya mangsa yang menetap di Cheras di sini, mengambil keputusan meminta cerai daripada suaminya berikutan tidak tahan diseksa secara fizikal.
Sumber polis berkata, mangsa yang mempunyai dua anak itu mendakwa minat suaminya terhadap seks terlarang muncul selepas suaminya sering menonton video lucah.
“Dalam kejadian terbaru 20 November lalu, suspek mengajak mangsa mengadakan persetubuhan namun mangsa menjadi takut dan meminta suspek berhenti meliwatnya.
“Bagaimanapun, lelaki itu enggan melepaskan mangsa sebelum meliwat mangsa lagi tanpa kerelaannya,” katanya.
Menurutnya, mangsa tambah tertekan berikutan kerap mengalami kesakitan hingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.
“Seringkali mangsa dimaki-hamun selain anak mereka menjadi mangsa kemarahan suspek sekiranya permintaan pelik itu tidak dipenuhi.
“Kelmarin, mangsa yang tidak mampu menahan kesakitan akibat perbuatan suaminya nekad lari dari rumah bersama dua anaknya,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu selain dalam proses menuntut cerai di pejabat agama.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan