Rabu, 19 November 2014

Berani betul jantan ni bawa betina lain 'projek' dalam rumah

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang isteri apabila melihat suaminya memadu asmara bersama ‘kekasih gelap’ di dalam bilik tidur di kediaman mereka di Chow Kit di sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin. Wanita berusia 30-an itu dikatakan baru pulang dari kerja sebelum terserempak adegan maksiat itu.

Sumber polis berkata, mangsa mulanya menyangka suami tiada di rumah kerana lampu kediaman tidak dibuka sebaik dia membuka pintu kediaman.

“Bagaimanapun sebaik masuk ke dalam bilik dan membuka suis lampu, wanita terbabit terkejut apabila melihat suaminya berlaku curang bersama seorang wanita tidak dikenali.

“Tindakan lelaki terbabit membawa kekasih ke dalam bilik tidur menyebabkan wanita terbabit berang sebelum memarahi suaminya selain menghalau mereka keluar.

“Pertengkaran mereka menjadi ganas apabila lelaki terbabit sebaliknya bertindak ganas menumbuk muka isterinya,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: