Rabu, 19 November 2014

Lebih baik naikkan tol daripada tanggung pampasan konsesi, kata menteri

Menteri Kementerian Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berpendapat membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol berbanding kerajaan menggunakan peruntukan untuk membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol.

Kementerian Kerja Raya (KKR) berpendapat lebih baik Putrajaya membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol berbanding kerajaan menggunakan peruntukan untuk membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol, kata menterinya Datuk Fadillah Yusof.

Fadillah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, Putrajaya bagaimanapun masih belum mempunyai keputusan sama ada menaikkan tol atau tidak pada 2015.

"Kita tetapkan peruntukan, tetapi tol naik atau tidak belum ada keputusan daripada kerajaan," kata Fadillah kepada pemberita.

Beliau berkata, KKR memohon sejumlah RM558.69 juta peruntukan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi, namun Kementerian Kewangan meluluskan hanya RM458 juta bagi tujuan itu.

"Sekiranya tol tidak dinaikkan, peruntukan itu akan digunakan untuk membayar syarikat konsesi.

"Tetapi sekiranya kerajaan membenarkan kenaikan tol oleh syarikat konsesi, peruntukan itu boleh digunakan kementerian untuk tujuan penambahbaikan infrastruktur," katanya.

Bagi tujuan itu, Fadillah berkata pihaknya perlu membuat permohonan kembali kepada Kementerian Kewangan untuk menggunakan peruntukan itu.

"Sebab itu saya ingin mengatakan tahun depan tiada kenaikan tol itu tidak tepat.

"Kita buat prosedur biasa, sekiranya diputuskan tiada kenaikan tol, peruntukan itu sudah ada," kata Fadillah.

Beliau turut berkata, kadar kenaikan tol yang dibenarkan Putrajaya adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2.

Berdasarkan perjanjian konsesi 2015, 20 syarikat konsesi yang dibenarkan adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk), dan Storm Water Management and Road Tunnel (Smart).

Selain itu, turut tersenarai menerima kenaikan tol adalah; Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

Selain itu, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga), dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar), serta Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Fadillah berkata, memandangkan peruntukan pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur bagi 2015 dikurangkan sekitar RM200 juta, kementeriannya berharap untuk kerajaan tidak akan menghalang kenaikan tol bagi membolehkan lebihan peruntukan itu digunakan mereka.

"Kerana jika kita bayar pampasan kita terpaksa korbankan projek lain," kata Fadillah.

Fadillah berkata, berbanding peruntukan sejumlah RM640 juta untuk 201 bagi tujuan penambahbaikan jalan dan infrastruktur, bagi tahun 2015, mereka hanya menerima peruntukan sebanyak RM485 juta.

"Maknanya jika kita boleh salurkan kepada penambahbaikan jalan, lebih banyak yang kita boleh lakukan," katanya. – 19 November, 2014.

* lebih baik tukar kerajaan kalau kerajaan sedia ada memang kerjanya membebankan rakyat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: