Selasa, 18 November 2014

Apa sebenarnya yang Haji Hadi tak puas hati dengan pakatan rakyat ..?

pen buruk online ™ menconteng ..

Bermula dari PRU 13 lagi di mana ada terdapat pertindihan calon wakil rakyat sesama parti dalam pakatan.

Sejak dari itu, kita dihidangkan dengan episode tak puas hati yang berpanjangan. Dah nak masuk tahun 2015. Namun semacam ada 'dendam' dan 'agenda' yang semakin hari semakin parah kita lihat.

Soalan yang berlegar - legar di mulut penyokong pakatan rakyat kini, apa yang sebenarnya berlaku antara Haji Hadi dan gerombolan dengan parti lain dalam pakatan rakyat?

Apakah ada dendam yang terbuku di dalam dada Haji Hadi? Mungkin Haji Hadi melihat bahawa pemimpin pakatan telah mengkhianati persahabatan? Atau Haji Hadi melihat pemimpin pakatan dari parti lain tidak menghormati Haji Hadi?

ATAU mungkin langkah sumbang parti DAP dan PKR yang menyimpang dari kehendak Islam?

Sejak kes pil kuda sampailah kes MB Selangor, kita lihat Haji Hadi memilih jalan berlainan dari kesepakatan dalam pakatan. Itu yang kita nak tahu, kenapa dan kenapa?

Apa yang tak puas hati sangat?

Semalam, bila ditanya wartawan, Haji Hadi boleh menjawab 'ikut suka sayalah' ..

Apakah bahasa orang Terengganu memang begitu keras? Atau ini satu lagi permainan bahasa?

PAS parti yang kuat, menjadi harapan untuk mengalahkan UMNO yang semakin uzur. Kita berharap sangat agar PAS tidak kecundang dengan sikap Haji Hadi. Kalau tak puas hati sila selesaikan.

Kalau DAP dianggap degil dan bongkak, dedahkan.

Jika PKR dilihat menjadi dominan dengan keputusan sendiri, sila jelaskan.

Penyokong PAS dan pakatan nescaya akan faham jika Haji Hadi menerangkan duduk perkara sebenar. Malah mungkin tidak terkilan jika PAS bercerai dengan pakatan rakyat. Namun harus diingat. Makhluk yang paling gembira jika PAS berpisah dengan pakatan adalah UMNO.

Kenapa Haji Hadi?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

bermula bila perhimpunan pas ditaja oleh toke syabas. dimana pimpinan pas duduk hotel mahal. yg kena hukum sikhalid samad. yg buat onar lepas.

Awang Chan berkata...

Jagn jadi pemecah PR... Walau apa pun Dato' Presiden putus masih istiqomah dalam PR adalah Dia adalah Boss Jammah kami...Musuh utama kami adalah UBN....admint ni kalau jilat pasma pun jgn jadi barua n broker untuk memecah pakatan...dilihat anda lebih mulia menjilat buntut dap dari Bermaafan dgn Jamaah PAS...

Tanpa Nama berkata...

"ikut suka akulah"jawab hadi

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Hj Hadi menjadi KETUA dlm PR. Segala hala tuju PR seharusnya ada pada kekuasaan Hadi. Hj Hadi AMAT DIBANGGAKAN, DIUTAMAKAN DAN DI IKUTI APA SAJA ARAHANNYA... Mukin itulah yg dihajati Hj Hadi... Dah macam tu pun perangai macam budak2... hanya yg TIDAK memiliki pelajaran saja yg memiliki sifat2 sebegini.

1Crony berkata...

Adi Awe bukan boleh lihat Anwar disanjung oleh rakyat terutama kalangan ahli serta para pemimpin PAS sendiri. Adi Awe rasa PAS mesti memimpin kerana parti mereka wujud lebih lama dari PKR, tetapi mereka lupa semua parti yang memimpin dunia adalah parti yang baru wujud dan ditubhukan hasil dari keruntuhan parti-parti yang lama dan sudah tak relevan lagi dengan zaman kini. Hasad dengki akan memusnahkan segala-galanya......

Tanpa Nama berkata...

Bila Haji Hadi menerangkan kenapa beliau menolak Kak Wan sebagai calon MB adakah PKR dan DAP terima secara terbuka. takde..

Tanpa Nama berkata...

2008 tghh pernah nak ber ug...tp ditentang oleh rakan dlm pas termasuk tgna...

Sebenarnya dlm hati tu mahu sangat nak ber ug...abb tu jadi mcm tu