Isnin, 17 November 2014

Fungsi terbaru dalam whatsapp

WHATSAPP ialah aplikasi pemesejan paling popular di dunia. Kemas kini terbaharu untuk WhatsApp membolehkan anda melihat sama ada mesej yang dihantar sudah dibaca oleh penerima.

Kini, apabila anda menghantar mesej dan ia diterima penerima, dua tanda right akan diperlihatkan pada mesej, dan sekiranya ia dibaca, pihak WhatsApp akan memperlihatkan tanda berwarna biru.

Ini boleh dikatakan salah satu fungsi dinantikan ramai, sekali gus membolehkan anda mengetahui yang mana mesej anda telah dibaca penerima ataupun sebaliknya.

Sebelum ini WhatsApp hanya menunjukkan notifikasi mesej yang ditulis berjaya dihantar kepada penerima. Kini tiada lagi alasan “maaf sayang saya tak baca lagi mesej yang awak hantar” atau “maaf bos tak perasan mesej yang bos hantar tadi”.

Sekiranya anda gemar berbohong menggunakan dua alasan di atas segeralah menggunakan aplikasi pemesejan percuma yang lain. Jika tidak tembelang akan pecah dan keharmonian perhubungan mungkin akan terganggu.

Alternatif kami ialah tidak melakukan kemaskini ke versi 2.11.431. Tetapi ingat alasan “maaf saya belum kemaskini WhatsApp saya” boleh dilakukan hanya sekali. Jadi pandai-pandailah gunakan talian hayat ini.

Kemas kini baharu ini hadir secara berperingkat untuk pengguna Android, BlackBerry, Windows Phone dan iOS seluruh dunia.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: