Azmin berkata, dengan hanya penambahan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ianya sama sekali tidak dapat membantu memangkin ekonomi rakyat.
"Saya melihat Bajet 2015 tidak memberikan fokus yang jelas tentang hasrat kerajaan untuk membentuk ekonomi rakyat.
"... hal ini memerlukan pendidikan berkualiti, latihan dan inovasi secara agresif, namun apa yang dilakukan adalah dengan memberikan BR1M yang tidak dapat dipertahankan dalam suasaha ekonomi yang mencabar ini," kata Ahli Parlimen Gombak itu kepada pemberita selepas sesi pembentangan bajet semalam.
Sementara itu menurut, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, banyak cadangan yang baik dalam Bajet 2015 namun wujud kebimbangan sama ada ia boleh direalisasikan atau sebaliknya.
"Seperti biasa banyak cadangan yang baik dilakukan. Namun isinya seperti bajet dahulu dari segi pelaksanaan.
"... contohnya perumahan mampu milik, sekali lagi kita dengar cadangan nak bina 80,000 projek, bertahun-tahun kita dengar tetapi pelaksanaanya masih tidak sampai," katanya.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan