Isnin, 11 Ogos 2014

Panas ..!! Ramai ahli PAS akan keluar parti?

Oleh: pen buruk online ™


Apabila PAS membuat keputusan untuk memihak kepada TS Khalid Ibrahim dalam isu kemelut MB Selangor sedangkan rakan parti dalam pakatan rakyat, PKR jelas menolak dengan mengemukakan pelbagai 'masalah' berkaitan dirinya, sebenarnya bakal mengundang rasa tidak puas hati penyokong 'tidak fanatik' dengan parti itu.

PAS boleh bersedia dengan perkara berikut;

penurunan undi (proters) dari pengundi semasa PRU dan PRK

Kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen kelak

Terdapat ahli PAS yang akan keluar parti. Mungkin dalam jumlah yang banyak

Dan kenyataan bahawa PAS tidak kisah jika keluar dari pakatan rakyat hanya kerana isu Menteri Besar ini sebenarnya amat mengecewakan pengundi yang memberi harapan besar kepada PAS - PKR - DAP. Lainlah jika memang sudah ada lama rasa tidak puashati PAS dalam PR selama ini.

Apa lagi option yang ada untuk rakyat yang kecewa?

KOTA BAHARU: Dewan Ulama PAS Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat
yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pemangku ketua dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata mengikut sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.

"Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah.

"Keputusan Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di sini.

Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura Ulama PAS telah menegaskan Abdul Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.

Semalam keadaan politik di Selangor semakin memuncak apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta merta setelah didakwa mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mengulas isu yang sama, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS bagaimanapun mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang.

"Tidak seperti itu. Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik.

"Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya.

Ketika ditanya sama ada perlu Abdul Khalid menyertai PAS berikutan beliau kini merupakan anggota DUN Bebas, Ahmad berkata ia sebenarnya terpulang kepada Abdul Khalid sendiri untuk membuat keputusan.

"Itu terpulang dan perkara itu kita tak boleh komen kerana itu adalah hak dia," katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pas-tidak-kisah-jika-terpaksa-keluar-pr-dewan-ulama-41638?cp

PAS mungkin sudah sedia untuk bergerak bersendirian lagi. Tapi apakah benar-benar bersendirian? Bagi UMNO. Jika PAS keluar pakatan, ini suatu keberuntungan besar. UMNO tidak perlu lagi bersusah payah merayu simpati PAS untuk berkerjasama.

Siapa yang bakal rugi?

PAS?

PKR?

DAP?

atau yang bakal rugi dan sengsara adalah rakyat?


read more ..r



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Carlos Santiago berkata...

bagi PAS kelantan jadi presiden.. baru tegas tindakan.. presiden sekarang slow.. main ikut jer.. negeri terengganu pn menang berapa kali jer.. bila PAS kelantan berbunyi.. baru PAS selangor nak amik tindakan.. tengok jela.. menang majority... tapi kena ikut PKR n DAP... who's dominant in PR..

Unknown berkata...

Persetujuan di peringkat tertinggi PR bahawa jawatan MB untuk Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah hak PAS, Pulau Pinang hak DAP dan Selangor hak PKR. Perkara ini dipertegaskan lagi oleh Setiausaha Agung PAS dan DAP baru-baru ini bahawa mereka tidak akan menuntut kerusi MB Selangor dan PKR berhak menamakan MB daripada PKR..tak paham2 lagi...siapa gila kuasa sebenarnya???

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak buat gempak kat sini.... mana ada pemimpin pas yang keluar parti selama ni? kecuali di pecat...
semua statement blogger PR hanya nak tekan pas agar ikut telunjuk aljubb.... budak tadika pun faham...

Awla berkata...

lebih baik PAS tumpu rampas semula Kedah Perak Tganu dan jgn terlepas Ktan.

hilang 1 exco selangor pun nk bising lagi? hilang 3 negeri pada BN buat tk kisah je.

kalau fikir nk dominan, silakan tp kena tunjuk PAS mampu dominan dan menjuarai berjuang utk rakyat.

nk berjuang dan disokong umat, tak cukup dengan isu WALA' saja.

siapa yg membela rakyat dialah yg rakayt mahu, tak kira serban atau tidak.