Ahad, 26 Oktober 2014

Leman Raja Lawak buat laporan polis mengenai video seks

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Belia Bersama Ulama Malaysia (Panglima Malaysia) telah bertindak membuat satu laporan polis di Pejabat Polis Dang Wangi berhubung penyebaran video seks Ustaz Azhar Idrus atau UAI pada petang Jumaat baru-baru ini.

Presiden Panglima Malaysia, Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak berkata, beliau mewakili pertubuhan berkenaan melakukan laporan polis setelah menerima klip video tersebut pada 13 Oktober lalu.

Leman berkata laporan polis dibuat bertujuan untuk mengambil tindakan kepada dalang yang menyebarkan video berunsur fitnah terhadap UAI memandang beliau merupakan seorang tokoh agama yang sangat dihormati di negara ini.

"Saya menyedari penyebaran video itu ketika melayari laman sosial facebook dan whatapp dan mendapati ada video lucah melibatkan tokoh agama dan pendakwah.

"Saya merasakan ini satu penyebaran fitnah yang tidak sewajarnya dilakukan terhadap individu yang dikenali ramai apatah lagi mempunyai latar belakang agama yang cukup baik.

"Atas dasar itu, saya mewakili Panglima Malaysia membuat laporan polis dan mengesa agar siasatan segera dilakukan terhadap penyebaran video tersebut," kenyataannya kepada media.

Menurutnya lagi, apa yang dilakukan oleh pihak tersebut adalah satu tindakan biadap kerana mengaitkan seorang individu yang mempunyai ilmu agama yang sangat tinggi.

Selain itu, tindakan penyebaran video tersebut juga boleh dikategorikan sebagai menghina agama Islam kerana melibatkan seorang tokoh agama yang berpengaruh.

Beliau yang turut mengutuk tindakan tersebut yang dilihat mengaibkan individu dan agama Islam itu sendiri.

"Saya berharapan pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius dan mengambil tindakan kerana ia melibatkan isu agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

"Tanpa tindakan tegas serta pemantauan saya khuatir gejala ini akan terus berleluasa dan jangan hanya memantau isu politik sahaja, penyebaran fitnah vidoe lucah perlu diberi perhatian," katanya lagi.


Sementara itu, Leman memberi amaran kepada pihak berkuasa akan mengadakan himpunan besar-besaran di pejabat SKMM sekiranya pihak berkenaan enggan menjalankan siasatan berhubung penyebaran video tersebut. –UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tuan punya badan tak buat lapuran pun,takut terkeluar cerita lain la tu.Tetek pompuan dalam vidieo tu mengancam.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak menambah cerita. Kalau ko sendiri tak tahu kebenaran tak usah nak tambah fitnah. Manusia yg durjana.