Sabtu, 11 Oktober 2014

Lelaki ini miliki 98 orang anak haram

Ed Houben memulakan ‘kerja amalnya’ itu pada tahun 2002 dengan mendermakan sperma kepada tabung sperma tetapi sekarang dia mula menderma dengan cara ‘semulajadi’ mengikut fitrah manusia, katanya.

Ed Houben masih teruna sehinggalah dia berumur 34 tahun namun dikatakan sebagai seorang penderma sperma yang paling produktif di dunia. Dia telah menolong pasangan lesbian, pasangan yang mempunyai tarikan seksual yang songsang dan wanita bujang untuk mendapatkan anak secara percuma.

Anaknya yang terbaru, bernombor 98 bernama Madita. Ibunya berusia 28 tahun, seorang jururawat di sebuah pusat penjagaan yang berkata dengan mudah bahawa dia tidak mungkin menemui lelaki yang sesuai.

Terdesak untuk mendapatkan anak, dia mula mencari penderma sperma seperti Ed Houben. Mereka mula saling mengenali dahulu sebelum ‘proses menghasilan bayi’ dilakukan. Ed Houben juga menyimpan senarai ibu dan anak dan sedaya upaya cuba untuk mengurangkan risiko kecelaruan dan menghamilkan ibu/anak yang sama pada masa hadapan kelak.

‘Jika nanti, salah seorang anak saya berjumpa dengan seseorang yang tak tahu siapa ayah kandungnya, dia boleh lihat senarai ini,’ katanya.

Ed Houben telah menyemai benihnya ke serata alam tetapi sekarang dia lebih suka menunggu wanita datang berjumpanya di rumahnya di Maastricht. Kadang kala dia membuat pengecualian jika pasangannya itu mempunyai masalah tertentu dengan syarat mereka membiayai segala perbelanjaan perjalanan dan penginapannya sepanjang berada di samping wanita tersebut.

“Kelurganya” tinggal di bandar-bandar besar seperti Berlin, Holland, Italy, Spain, Belgium, France dan juga New Zealand. Ed Houben mula menderma sperma untuk klinik berhampiran. Kemudian, dia mula menyedari bahawa persenyewaan secara semulajadi mula mendapat permintaan yang tinggi dan dia tidak menoleh ke belakang lagi sejak hari itu.

Laman web spermaspender.de. di Jerman adalah salah satu laman web yang digunakan untuk berhubung dengan wanita yang terdesak untuk mendapatkan zuriat. Mereka tahu akan kehebatan Ed Houben yang telah berjaya menghamilkan 80% daripada wanita yang telah melakukan hubungan seks dengannya.

Kesemua wanita yang ingin menjadi pasangan Ed Houben itu perlu menghantar rekod perubatan yang menunjukkan bahawa mereka bebas dari sebarang penyakit dan dadah sebelum dipertimbangkan olehnya.

Kertas kerja Ed Houben turut mengandungi analisis sprema yang dikenali sebagai spermiogram yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang penderma yang ‘berguna’.

Ini kerana, bilangan sperma yang kurang dari 20 juta menujukkan penderma itu sebagai lemah, manakala bilangan sperma Ed Houben adalah sebanyak 100 juta. ‘Saya tak tembak peluru kosong!’, selorohnya lagi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: