Jumaat, 3 Oktober 2014

Lebih banyak kejutan untuk rakyat pada 2015 tersebar

KUALA LUMPUR: Tahun 2015 bakal menjadi satu tahun yang amat dahsyat bagi rakyat marhaen, terutamanya mereka di bandar yang berpendapatan rendah dan pertengahan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenaikan 20 sen harga diesel dan petrol RON95 yang berkuatkuasa hari ini bakal melonjakkan harga barangan keperluan serta makanan dan minuman kerana meningkatnya kos pengangkutan.

"Kerajaan usahlah perbodohkan rakyat lagi dengan langkah-langkah mendenda bagi menghalang peruncit, pemborong dan pengusaha restoran untuk menaikkan harga," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, impak kepada inflasi akibat kenaikan 20 sen itu bakal dirasai sepenuhnya dalam jangka 3 bulan dan perkara itu akan diburukkan lagi apabila GST dilaksana pada bulan April.

Beliau berkata, berdasarkan laporan 2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges, inflasi meningkat mendadak dalam dua tahun pertama GST mula dilaksanakan di mana-mana negara.

katanya, di Australia tahun sebelum GST dilaksanakan, inflasinya hanya 1.8% tetapi ketika GST dilaksanakan, inflasi melonjak ke 6%.

"Hanya selepas 2 tahun, inflasi menurun ke kadar 2.9% - tapi masih sekali ganda lebih tinggi daripada sebelum GST terlaksana," ujar beliau.

Begitu juga, katanya di Singapura dan China di mana sebelum GST dilaksanakan, inflasi hanya sekadar 0.8% dan 10.5%.

Tambahnya, pada tahun GST dilaksanakan, inflasi di Singapura melonjak ke 5.4% manakala China 24.2% sebelum turun ke 2.3% bagi Singapura dan 12.7% bagi China selepas 2 tahun.

Justeru, kata beliau berdasarkan apa yang berlaku di Australia, Singapura dan China, Malaysia juga tidak akan terlepas daripada kenaikan inflasi mendadak ini di 2015 apabila GST diperkenalkan.

Ditambah pula, ujar beliau dengan kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak sekarang, tahun 2015 dijangka menjadi sangat dahsyat kepada rakyat marhaen.

"Bersedialah menghadapinya. BR1M sebanyak RM1,000 (purata RM83.33 sebulan) tidak akan dapat membantu rakyat marhaen menghadapi inflasi ini," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: