Jumaat, 3 Oktober 2014

JERAM TOI lokasi melempiaskan nafsu syahwat pelajar yang ponteng sekolah

JELEBU – Keasyikan sekumpulan pelajar sekolah yang sedang bermandi-manda dan berasmara di hutan rekreasi Jeram Toi, di sini terbantut apabila mereka ditahan pihak berkuasa yang membuat serbuan kerana disyaki ponteng sekolah.

Ketika serbuan, seorang daripada kumpulan itu sanggup meninggalkan kekasihnya, seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang dibawa bersama.

Kesemua pelajar yang ditahan berusia dari 13 hingga 18 tahun dan merupakan pelajar beberapa sekolah di daerah Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Sepang SERTA Kajang, Selangor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jelebu, Asisten Superintendan A Yuvaraj berkata, semasa pihaknya membuat rondaan di sekitar kawasan rekreasi itu kira-kira jam 10.30 pagi, sebelum mendapati kira-kira 39 remaja yang rata-rata mereka masih bersekolah sedang bersuka ria di situ.

Beliau berkata, disebabkan waktu kejadian adalah dalam waktu persekolahan, kesemuanya ditahan dan diarah untuk ke Balai Polis Kuala Klawang, sementara menunggu wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan datang mengambil mereka.

“Semasa ditahan ada diantara mereka yang sedang duduk berdua-duaan dan ada yang sedang mandi-manda.

“Rata-rata di antara mereka datang ke Jeram Toi ini tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing,"

Menurutnya, terdapat juga pasangan adik-beradik yang bertemu secara kebetulan di situ, dan hanya disedari sewaktu abangnya datang mandi bersama kawan-kawan lain.

“Daripada 39 orang itu, sembilan adalah pelajar wanita. Paling tua adalah pelajar tingkatan enam," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Yuvaraj berkata, polis hanya melakukan penguatkuasaan bagi membanteras gejala ponteng sekolah di kalangan remaja, manakala tindakan akan diambil Jabatan Pendidikan.

Bagaimanapun, katanya, polis akan mengambil tindakan sekiranya terdapat antara mereka melakukan jenayah.

"Namun, dalam kes ini, tiada yang terlibat dalam aktiviti jenayah. Kita serahkan kesemua mereka kepada Jabatan Pendidikan untuk tindakan susulan ,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid berkata, pihaknya masih menanti laporan penuh daripada wakil pejabat daerah dari Jempol dan Jelebu yang mengendalikan kes tersebut.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti kes berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Ulasan PBO:

Tindakan macam mana yang hendak PPD dan JPN ambil? Gantung eksekolah je kan.. habis sangat bagi kaunseling. Kelemahan dasar pendidikan tak pernah KPM ambil peduli. Bodoh!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: