Selasa, 21 Oktober 2014

Kisah isteri curang kembali ke pangkuan jalan yang wajib anda baca

KISAH menyayat hati ini kami siarkan sesuai dengan isu semasa yang dipaparkan, tentang gejala sosial muda-mudi, anak-anak kita yang sudah rosak akhlaknya dan maksiat yang bermaharajalela di akhir zaman ini.

Kisah benar yang dilalui Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz ini berdasarkan pengalaman beliau. "Ambillah iktibar dan renungkanlah kisah yang terjadi ini," tegas beliau sambil memetik firman dan hadis-hadis yang berkaitan dengan kisah tersebut.

Baca dan hayatilah betapa terseksanya seorang isteri yang melakukan perbuatan curang di belakang suaminya, tatkala berkursus di luar negara! Bukan saja menduakan suami tetapi berbuat perkara keji dan terkutuk dengan lelaki asing!

Akibat dosa dan noda yang dilakukan, si isteri menerima azab dan pembalasan ketika di dunia lagi. Ustaz Hassan mahu pembaca mengambil teladan apa yang berlaku. Bertauhatlah sebelum terlambat! Jauhilah segala larangan Allah - maksiat, zina dan perbuatan keji yang dilaknat Allah.

Semoga kisah ini memberi pedoman berguna! kepada pembaca budiman. Hayatilah kisah ini yan. diceritakan Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz, Pengarah Urusan sebuah syarikat travel and tours.

SAYA perhatikan Ashikin yang masih tidak putus-putus berwirid di depan Kaabah. Jari-jemarinya membilang butir-butir tasbih dan mulut terkumat-kamit memuji Ilahi. Sekejap dia menunduk ke bawah, kemudian memandang semula ke arah Baitullah yang tersergam beberapa puluh meter di hadapannya.

"Ai... dah pukul 12.00 malam, tak nak balik lagi ke?" kata saya di dalam hati.


Sambil melangkah saya mengerling lagi ke arah Ashikin yang duduk di hujung sekumpulan jemaah wanita. Rasa ingin tahu saya ini makin bertambah apabila saya lihat dia mengesat-ngesat matanya dengan hujung telekung. Menangis lagikah dia?

Mungkin bagi orang lain tiada apa-apa yang pelik kalau bertasbih, berwirid dan menangis di depan Kaabah hingga larut malam. Apa yang dipelikkan sangat, orang lain pun begitu. Betul, tapi Ashikin lain.

Saya perhatikan sudah beberapa hari sejak tiba di Mekah ini, Ashikin tiba-tiba saja berubah perwatakannya. Setiap waktu saya dapat perhatikan wanita itu akan berdoa dan sujud di depan Baitullah sehingga kain telekungnya basah. Melihatkan kelakuannya itu, tanya rakan se biliknya, namun dia hanya gelengkan kepala.

Mulanya saya tidak ambil kisah dengan kelakuan Ashikin itu. Pada fikiran saya mungkin dia terlampau gembira dan takjub dengan keadaan di Tanah Suci sehingga menitiskan air mata. Namun bila setiap hari dia asyik menangis dan meratap hiba, saya mula tidak sedap hati. Maklumlah sepanjang menge-nalinya selama beberapa tahun, Ashikin orang yang sentiasa ceria. Ada-ada saja ceritanya diselang-seli dengan gelak ketawa.

Pelik, waktu mula-mula hendak ke Mekah bersama 40 lagi jemaah yang saya pimpin, dialah yang paling seronok sekali. Tetapi bila sudah sampai di Mekah lain pula jadinya.

Dulu kalau terserempak dengan saya pasti ada cerita akan dikhabarkan-nya pada saya. Tentang itulah, tentang inilah. Paling tidak pun, senyum dan mengucap salam. Kata wanita itu, dia betul-betul gembira sebab sudah lama menyimpan hajat hendak ke Tanah Suci. Jadi apabila impian itu tercapai, tentulah seronok. Tambahan pula dapat menunaikan ibadah itu dalam bulan Ramadan yang penuh berkat.

Bukan itu saja, sepanjang berada di Tanah Suci dia juga merupakan wanita yang sangat rajin ke masjid pada setiap waktu solat dan menjadi contoh kepada parajemaah wanita yang lain.

Namun masuk hari keempat di Mekah, saya dapati perwatakannya tiba-tiba berubah. Dia tidak semena-mena jadi pendiam. Wajahnya murung dan tawar. Bila terserempak, hanya senyuman hambar yang dilemparkannya kepada saya. Tiada lagi gelak tawa atau bual-bual panjang. Ashikin cuma mengucap salam, kemudian berlalu dengan wajah muram dan gelisah.

Masanya juga lebih banyak dihabiskan di Masjidilharam. Di situlah dia berwirid, bertasbih, solat, berdoa dan menangis dengan sesungguh hati. Seperti yang saya katakan, kalau terjadi pada orang lain, saya anggap ini perkara biasa. Tapi bila berlaku pada Ashikin, saya jadi pelik. Kalau tiada apa-apa, mustahil orang yang periang macam Ashikin itu tiba-tiba jadi pendiam.Mesti ada sesuatu yang dah berlaku.

Tapi apa dia?

Saya berhenti melangkah. Hasrat untuk balik ke bilik saya tangguhkan dulu walaupun badan letih dan mengantuk. Saya sebaliknya berdiri memerhatikan Ashikin dengan perasaan sebak. Riak wajahnya yang begitu sugul, meruntun hati saya untuk mengetahui, bahana apalah yang menimpanya sehingga membuatkan perasaannya begitu sedih dan sayu. Saya menghampirinya perlahan-lahan, kemudian memberi salam.

"Tak balik lagi ke? Dah lewat ni..." kata saya sambil bertinggung di sebelahnya.
Ashikin hanya menggeleng kepala. "Kejap lagi,"jawabnya ringkas.

Setelah itu saya cuba bertanyakan kenapa dia tiba-tiba saja berubah jadi pendiam. Ada masalah ke? Lagipun sebagai ketua rombongan saya bertanggungjawab untuk memastikan para jemaah di bawah kelolaan saya berada dalam keadaan yang baik.

Wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu pandang wajah saya sambil mengesat air matanya dengan hujung telekung. Riak-riak kekesalan tergambar di wajahnya.

"Kenapa dengan awak ni? Macam ada masalah aja, sebelum ini saya nampak awak betul-betui ceria dan bersemangat nak buat umrah, tapi dah dua tiga hari ini tengok awak sedih aja," saya bertanya lagi dengan lembut.

Ashikin hanya tersenyum hambar. "Tak ada apalah, ustaz," jawabnya.
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa saya tengok awak lain macam aja. Tiba-tiba aja jadi pendiam, duduk masjid sampai larut malam, menangis," sambung saya.


Ashikin mendiamkan diri lagi. Macam ada sesuatu yang hendak disampai-kannya, tapi tiada sepatah perkataan pun dilafazkannya.

"Bukanlah saya nak selongkar rahsia awak, tapi kita ni dah kenal lama, sejak awak belum ke Mekah lagi. Kalau ada apa-apa masalah, beritau saya. Kalau saya boleh bantu, saya bantu," kata saya.

Lama juga Ashikin cuba berdalih, tapi akhirnya dia tidak berdaya juga membendung gejolak perasaan yang sedang melanda dirinya.

Sambil menggetap bibir dan menahan sebak, Ashikin berkata; "Ustaz, sebenarnya saya dah banyak buat dosa, saya betul-betul nak bertaubat."

Dosa? Dosa apa pula? Terkejut saya mendengar kata-kata Ashikin itu.
"Banyak dosa saya ustaz, banyaaaaak..." sambungnya lalu terus menangis teresak-esak hingga menimbulkan kehairanan jemaah-jemaah wanita di sebelahnya.

Melihatkan keadaannya itu saya pujuk Ashikin supaya tenangkan perasaan dahulu, tapi tangisannya terus meninggi.

"Ustaz... saya tiba-tiba jadi macam ni sebab saya pemah berzina! Saya dah buat dosa besar, bukan hanya pada Allah tapi pada suami saya sendiri," sambungnya lagi. Beberapa kali wanita itu menekup muka dengan telekungnya kerana terlampau sedih.

Berzina? Astaghfirullahal azim. Saya beristighfar beberapa kali, terkejut bukan kepalang. Lantas saya meminta Ashikin menceritakan perkara itu dengan lebih lanjut.

Dalam esakannya Ashikin memberitahu perbuatan keji itu dilakukan lama dulu semasa dia berkursus selama tiga tahun di Jerman. Masa itulah dia berkenalan dengan seorang lelaki kulit putih. Mulanya hubungan mereka hanya sebagai kawan biasa saja, tapi lama-kelamaan timbul perasaan sayang. Maklumlah, suami jauh, dia rasa kesunyian.

Dek hubungan yang terlalu rapat, akhirnya mereka terlanjur. Mereka lakukan benda keji itu sampailah Ashikin habis kursus, balik ke Malaysia. Suaminya langsung tidak tahu perkara tersebut.

"Balik saja ke Malaysia, saya mula alami mimpi menakutkan. Dalam mimpi itu saya dibakar dengan api yang menjulang-julang. Saya rasa macam berada dalam neraka. Panasnya tak tertanggung. Kulit saya terbakar, seluruh badan dan tulang-temulang saya hangus semuanya.

"Ke mana saja saya pergi cuma ada api. Saya tak dapat larikan diri. Saya menjerit-jerit kesakitan, tapi saya tak boleh buat apa-apa. Api menyala-nyala dari atas, bawah, kiri dan kanan. Kepanasan itu masih terasa apabila saya terjaga daripada tidur, seolah-olah ia be-nar-benar terjadi," kata Ashikin sambil menangis tersedu-sedu.

Saya yang mendengar cerita Ashikin itu turut berasa sedih. Ketika itu saya teringat firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 81: "Barang siapa berbuat dosa dan ia telah diselaputi oleh dosa-dosanya, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

Tidak disangka Ashikin tergelincir jauh, sanggup berzina.

"Kalau sekali tak apa, ustaz, tapi ini setiap malam sampai saya takut nak lelapkan mata," sambung Ashikin dengan air mata berjuraian.

Panjang lebar Ashikin bercerita sehinggakan saya sendiri pun turut merasakan kesedihan yang ditanggungnya. Menurut wanita itu lagi, dia seolah-olah berada dalam kawah yang menggelegak dengan api yang marak. Malahan rambutnya juga hangus dibakar api.

"Saya jerit sekuat hati tapi tak ada sesiapa pun yang dengar. Ustaz, bayangkanlah betapa seksanya saya masa itu, hanya Allah yang tahu betapa dahsyatnya azab yang saya tanggung," wanita itu terus menangis kerana tidak dapat menahan kesedihannya.

Benar! Keadaan neraka yang diberitahu Ashikin sama seperti gambaran dalam al-Quran. Apinya yang bergelojak, menjulang tinggi membakar manusia-manusia berdosa. Api neraka menyala-nyala 70 kali ganda daripada api di dunia.

Bahan bakarnya pula terdiri daripada manusia-manusia dan batu-batu. Minuman ahli neraka adalah berupa darah dan nanah. Pakaian pula daripada tembaga yang merah menyala.

Hampir menitik air mata saya mendengar ceritanya itu. Pilu, hiba, sebak dan pelbagai lagi perasaan sedih bermain di benak fikiran saya ketika saya menatap wajahnya itu. Namun dalam hati saya berkata, mungkin apa yang terjadi pada Ashikin itu adalah kifarah daripada Allah s.w.t. kepada hamba-Nya supaya kembali ke pangkal jalan.

Ashikin terus bercerita; setelah beberapa lama mengganggu tidur, akhirnya mimpi tersebut hilang begitu saja. Sedikit demi sedikit perasaan cemas dan takut itu hilang. Dia kembali ceria. Langsung tak diceritakan perihal mimpi itu kepada suaminya.

"Saya dah hampir lupakan mimpi itu, sampailah ketika kita tiba di Mekah. Selepas satu dua malam di sini, tiba-tiba saya teringat semula. Makin lama ingatan itu makin kuat dan jelas.

"Bila pandang Kaabah, saya jadi takut yang amat sangat. Saya menggigil. Saya terbayang, mungkin itulah balasan yang akan saya terima bila saya mati kelak. Kerana dosa zina itu saya akan dihumban ke dalam neraka. Saya akan hangus sampai bila-bila, tak ada siapa boleh selamatkan. Suami saya pun tak akan selamatkan saya. Saya terbayang akan dibaham ular-ular besar, makan buah-buah berduri, air nanah, timah cair dan segala macam seksaan lagi.

"Saya jadi terlalu takut, ustaz. Sebab itulah tiap-tiap hari saya menangis dan berwirid depan Kaabah kadang-kadang sampai larut malam. Saya nak tebus dosa, saya tak mau masuk neraka. Saya tak mau kena seksa dengan binatang berbisa, dengan api..." katanya hiba.

Saya beritahu Ashikin, memang benar sesunguhnya dalam neraka itu terdapat ular-ular sebesar leher unta dan kadangkala sebesar baghal atau keldai. Apabila ular itu menggigit ahli neraka sakitnya terasa selama 40 tahun. Tapi Allah juga Maha Pengampun.

"Tuhan ampunkan ke dosa saya ni, ustaz?" soal Ashikin dalam esak tangisnya yang semakin kuat hingga jemaah-jemaah di sebelah beberapa kali memandangnya.

Saya tenangkan Ashikin. Kata saya, walau sebesar mana sekalipun dosa kita, tapi selagi masih bernyawa selagi itu kita masih ada peluang untuk bertaubat. Taubatlah dengan sebenar-benar taubat. Selebihnya serahkan kepada Allah. Saya berikan semangat kepada-nya semula dan selepas puas meluahkan perasaannya, akhirnya perasaan wanita itu kembali tenang.

Sambil mengesat air mata yang masih berbaki, Ashikin berkata; "Ustaz, terima kasih kerana bawa saya ke sini. Ustaz dah banyak sedarkan saya."

Perasaan Ashikin agak terkawal selepas itu. Walaupun masih menangis di depan Kaabah, tapi tidaklah sampai tersedu-sedu macam dulu. Setelah dua minggu berada di Tanah Suci Mekah dan selesai mengerjakan ibadah umrah kami pulang ke Malaysia. Ashikin kembali ke pangkuan suami dan tiga orang anaknya di utara tanah air. ~email

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

erm..... macam kes aku gak...