Ahad, 19 Oktober 2014

Kenapa celupar sangat mulut pemimpin DAP

dari pen buruk online ™

Sesungguhnya pemimpin DAP Sarawak itu memang semakin melampau.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya, lapor MStar.

Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

~Chong Chieng Jen, pengerusi DAP Sarawak

1. Aku berpendapat hak DAP untuk menentang hudud itu urusan parti kamu. tetapi kamu tidak boleh arah parti lain itu dan ini.

2. Apabila DAP pula cuba mempengaruhi pemilihan Jawatankuasa PAS dengan berkata hanya mahu golongan tertentu (liberal) dan menolak ulamak, aku 100% tidak setuju.

3. Apa hak DAP untuk campur tangan dalam penentuan ahli PAS. Apa yang ahli PAS mahu biarkanlah. Itu hak parti PAS. Yang kau sibuk nak tentukan siapa yang layak di dalam kepimpinan PAS tu kenapa?

4. Kalau parti PAS pula mendesak hanya golongan tertentu sahaja yang patut memimpin DAP , apa pula kamu kata. Kamu sendiri sudah tentu tidak senang kalau mana-mana parti sibuk urusan kelambu kamu.

5. Kalau dah sampai tahap macam ini punya ancaman rakan kongsi dalam satu kerjasama, elok memang elok DAP dan PAS bercerai lagi.

6. DAP Sarawak dan DAP Malaysia umumnya harus hormat parti yang lain.

7. Bagi orang Islam, bekerjasama untuk satu tujuan kebaikan itu perlu, tapi kalau ada pihak yang bekerjasama dengan satu pihak lain itu sampai 'memaksa' untuk mengadaikan akidah dan 'kelonggaran ' Islam. Aku rasa selamat tinggal kepada DAP.

8. DAP juga jangan bongkak, tanpa PAS kau tak akan sehebat ini sekarang.

9. Ini bukan artikel 'porak peranda' pakatan rakyat, tapi kesedaran dan kematangan perlu ada pada semua parti dalam pakatan rakyat.

10. Tolong DAP Sarawak jangan terlalu bongkak.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: