Khamis, 16 Oktober 2014

Boleh percaya ke cakap Hishamuddin ni?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan tidak akan melindungi adiknya, Datuk Haris Onn iaitu pemilik syarikat Lembah Sari Sdn Bhd jika didapati terlibat dengan unsur rasuah untuk mendapatkan kontrak bernilai RM77 juta.

Menurut Menteri Pertahanan itu, sebaliknya pihak berkuasa perlu membuktikan jika wujud unsur salah guna kuasa berhubung penerimaan kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras oleh syarikat milik adiknya.

"Saya tidak akan mempertahankannya jika dia salah.

"Biar dia jawab. Dia takkan dapat perlindungan daripada saya," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen pada Khamis.





Selain itu Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno turut menafikan teribat membantu Haris mendapatkan kontrak berkenaan seperti yang didakwa pembangkang.

Mengakui tidak mengetahui bahawa adiknya memperoleh kontrak berkenaan, Hishammuddin meminta Haris menjelaskan sendiri mengenai isu tersebut.

"Saya tidak tahu dan tidak ada kaitan dengan apa yang adik saya lakukan.

"Jika ada perkara yang tidak kena, saya minta dia jawab," katanya.

DAP sebelum ini mempersoalkan kewajaran adik kepada menteri kanan itu menerima kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras bernilai RM77 juta.

The Edge pada 12 September melaporkan, Lembah Sari yang menjalankan perniagaan dakwat keselamatan mengambil alih konsesi percetakan label keselamatan daripada Kod Efisien Sdn Bhd pada 2006.

PBO: HAHAHAHAHAHA... kes telah pun dibuang dan diletakkan dalam akta rahsia

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: