Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
"Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di ibu negara, hari ini.
Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak.
Pada Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim perkhidmatan sedia ada.
Ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lepas, Najib telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam.
Najib berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda, yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.
"Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu," katanya.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
4 respon:
OK la tu. 500 + brim950 = 1500.
Cukup la tu buat bayar gst.
Org kejaan stgh bulan pun cukup la. Korang pun makan dgn ikan kering & budu dah OK. Aku lain la, bank tempat aku kerja bg bonus 3 bulan. Sbb tu aku bole pakai 5 series
Betul tu.cukup ape rm500.Boleh melancong bagai.Lagipun korang kan kerja keraajaan.Dapat gak wat beli pakaian anak sekolah.Aku kerja offshore lain lah.Bulan2 dapat bonus.
aku kerja swasta dapat bonus sebulan gaji.. syukurlah...kwang..kwang..kwang...
Kah..Kah...Kah.... Gaji Offshore ribu-ribu. Balik darat dapat lagi BR1M. Cukup mewah. Bertahun-tahun ekonomi mencanak berita perdana sentiasa mengatakan namun bonus selalu ihsan. Kemanakah perginya hasil bumi bertuah ku ini?????? Anak Kecil Main Api......
Catat Ulasan