Sabtu, 18 Oktober 2014

Anwar akan lari menghadapi kes liwat?

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk pulang ke tanah air bagi menghadapi keputusan perbicaraan kes Liwat II, walau tahu benar bahawa beliau mungkin akan dipenjara.

"Kebanyakan cendekiawan Islam menggesa saya untuk terus berada di sini (United Kingdom) kerana mereka tidak dapat menduga betapa sukarnya melihat saya dipenjara.

"Saya kata, 'tidak'. Ini adalah soal pendirian, saya tahu benar kesusahan dan dugaan yang harus dihadapi dalam melawan sistem yang korup dan tidak telus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara disiarkan akhbar UK, Telegraph. Anwar berada di negara itu untuk menyertai mesyuarat jawatankuasa bertindak mengenai reformasi pendidikan tinggi di negara Islam.

Mahkamah pada Mac lalu mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara, namun beliau masih bebas sementara menunggu keputusan rayuan.

Beliau akan meringkuk di penjara sekali lagi sekiranya keputusan Mahkamah Rayuan pada 28 Oktober tidak memihak kepadanya.

Anwar, 67 didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium pada 2008, yang dinafikan oleh ketua pembangkang itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu 28hb ni tengok dia datang ke mahkamah atau tak. Aku memang tak percaya mamat ni. Lidah biawak

mosabit berkata...

suka lah hadi and the gang....kenduri sakan beb...anwar tidak lagi jadi penghalang cita2 murni mereka tu..

bak kata gang pengakap..." tepok sekali....sekali lagi..sekali lah lagi...hoooreyyyyy.."

usin berkata...

buatlah macam orang lain. kena ke mahkamah, kemahkamahlah kita. kena sabitan bersalah, bersalahlah kita. kalau kena masuk penjara, kepenjaralah kita. kita tidakpun melolong meminta seluruh kaum keluarga rakyat jelata berbondong2 atas jalan minta lepaskan kita. ikut ajelah keputusan mahkamah. salah atau betul biar yang tukang jatuh hukum tanggung. andai sengaja menganiaya, hidup mereka juga tak akan menongkat langit. selepas pengadilan dunia, akhirat nanti ada lagi satu mahkamah. relax je bro, Allah kan ada. berserahlah dan jangan banyak songel.