Pandangan Zuraida ini tidak mengejutkan dan beliau sedang menunjukan sikap mahu bermusuh berpanjangan kerana tidak sependapat di antara PKR dan PAS. Kita sebagai pemerhati, hanyalah membuat persepsi yang sikap dendam-mendendam yang ada di dalam dirinya itu tidak dapat disorokkan dan inilah contoh seorang pemimpin dari PKR yang selama ini disokong oleh ramai pengundi semasa pilihanraya yang lalu.
Inilah yang menyebabkan rakyat sudah mengetahui sikap sebenar pemimpin PKR apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti yang berlaku dalam isu pengganti Khalid Ibrahim dahulu.
Zuraida sepatutnya berfikir sebelum bercakap kerana kata-kata seorang pemimpin itu sentiasa dalam pemerhatian dan fokus rakyat yang ramai. Zuraida tidak begitu mahir untuk memberikan pemikiran yang meyakinkan sebagai seorang pemimpin. Kerjasama PAS bukannya dengan Wan Azizah, tetapi dengan PKR. PAS dari awal mahukan PKR jadi Menteri Besar dan Azmin merupakan calon yang dicadangkan oleh PAS. Azmin itu dari parti mana, Zuraida?
Malahan Azmin, Timbalan Presiden PKR itu tidak dicalonkan pun oleh PKR tetapi yang mencalonkan beliau ialah PAS. Bagaimana Zuraida tidak sampai pemikirannya sampai ke sini. PKR tetap dengan pencalonan tunggal, iaitu Wan Azizah dan sentiasa menafikan yang Azmin itu telah dicalonkan oleh PKR. PAS bukannya menolak PKR dari memegang jawatan Menteri Besar itu.
PAS hanya tidak menyokong Wan Azizah.Jika Azmin bersikap seperti Zuraida ini, beliau tidak perlu melantik sesiapa dari PKR untuk menjadi Exco kerana PKR tidak pernah mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar. Azmin juga tidak perlu melantik exco dari DAP kerana DAP mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Kita berharap Azmin tidak melayan pandangan politik kuning seperti yang ditunjukkan oleh Zuraida ini.
Tetapi akhirnya pencalonan PAS itulah yang diterima oleh Istana, dan calon itu adalah dari PKR. Namanya Azmin Ali. Jika inilah sikap dan caranya pemimpin seperti Zuraida ini memimpin, maka rakyat terpaksa berfikir kembali dalam pilihanraya yang akan datang samada untuk menyokong beliau atau pun sebaliknya kerana beliau telah menunjukan kesuntukan pemikiran sebagai seorang pemimpin.
Saya berharap media telah salah memetik kata-katanya itu. Jika kata-kata nya itu adalah benar dan tidak disalah petik, maka Zuraida boleh dianggap sebagai pemimpin PKR yang memberikan nasihat yang tidak sihat terhadap partinya, khususnya kepada Azmin Ali. Kita berharap Azmin tidak akan se naif Zuraida itu.
Inilah contoh pemimpin parti yang mengaku sebagai ‘alternative’ kepada UMNO yang kian uzur itu. Sekarang bukan UMNO sahaja yang uzur, PKR nampaknya lebih uzur lagi. Berapa ramai kah pemimpin dalam PKR yang mempunyai tahap pemikiran seperti Zuraida ini?
Jika ramai yang seperti Zuraida ini, bagaimana kah rakyat hendak yakin dengan parti yang beliau anggotai itu? Tak sedar dek untung!
Aspan Alias
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
8 respon:
Emmm.... Aspan Alias lagi.Cakap AA nie bukan boleh pakai
Nurul Izzah kata "GELILAH TENGOK ORANG PAS"
Mak Lampir kata PAS Parti Saguhati ajer
DAP Guang Eng kata PAS Parti Pengkhianat..
PAS Parti Islam yang sangat Bermaruah..
Rakan Tahaluf Siyasi Tak Mahu pon, Komen Hantam pon PAS tak Tahu Malu, Tak Der Maruah, Biar ajer Islam diHina dipijak, PAS tak ader Telor..
Segala Dewan yang ader dah jadi Dewan Muslimat PAS..
Betullah kata..nanti macai malu mengaku ahli pas...
Macam nie ker Perjuangkan Islam?
Admin tak faham ni.
Pada mesyuarat JKKP Pas pd 17 Aug, JKKP mencadangkan Wan Azizah dan Azmin sebagai MB.
TETAPI...nama Azmin tidak pernah dihantar olih Hadi keIstana. Hadi mula2 hantar nama 3 Adun Pas. Kemudian U-turn dan hantar nama 2 Adun PKR yg tidak ada dlm perhitungan tiga2 parti dan nama Iskander, dengan harapan Iskander dilantik MB.
Masa bila pulak Pas atau Hadi hantar nama Azmin keIstana?
Perlantikan Azmin sebagai MB hanya terlaksana apabila PKR merestui atau MEMPERKENANKAN pemilihannya dan Wan Azizah bersetuju menarik diri. Tanpa persetujuan PKR dn Wan Azizah, isu perlantikan MB ni tak akan selesai.
Apa yg disuarakan olih Zuraida adalah pandangan kebanyakan orang baik ahli parti PKR/DAP atau pemerhati.
Pada pandangan sya, MB Azmin perlu beri hanya 2 kerusi. Itu pun kepada Shaari dan Hasnul. 4 EXCO Pas tu tak layak dilantik kerana DAP memutuskan dlm CE meeting, mereka adalah pengkhianat.
Salam
Banyak soalan dah bocor.
Dah soalan peperiksaan bocor pun masih tak tau jawab !!! dan masih bagi jawapan salah !!!
PAS dah kata dengarlah permintaan Sultan bagi lebih 1 nama calon.
PKR asyik jawab nama calon hanya 1.
Jawapan betul: Nama calon lebih dari 1.
PAS dah kata calon MB untuk orang yang layak.
PKR asyik jawab nak bagi calon yang tak layak.
JAwapan betul: MB untuk calon yang layak.
PAS dah kata jawatan MB diberi kepada PKR,
Orang PKR asyik menjawab PAS nak jawatan MB.
Jawapan betul: Jawatan MB untuk PKR
PAS dah kata calon MB adalah AZMIN
PKR asyik jawab calon MB adalah WAWI.
Jawapan betul: Calon pilihan Sultan adalah AZMIN
rocky the great brown flesh vibrator says: eh.. komenter no 2 atas ni mana2 site aku jumpa; anak sape ni? upahan umno ke? kecik ati aku dgn makhluk purba mcm nih... same dgn si Zuraida Mak Lampir nih.. agak2 org dah nak lupa pasal dia, tiba2 buat stetment merapu mcm artis2 bodo yg publisiti da kurang.. kesian Mak Lampir nih, dah lame tak "maen" best kot, kote laki tak berape nak naek dah
tanpa name 25 Sept and a takda ilmu Jangan berkomen zaman sekarang penegak Islam akan ditentang walaupun dari saudara sendiri Cuba fahami krisis yang berlaku dahulu jangan pandang dari segi politik tapi Cuba dari pandangan ilmu baru dapat masaalah sebenar
Kalau macam itulah kenyataanya dpd seorg ahli parlimen, tak tahu laa nak macam mana nak komen. Tapi kalau org biasa-biasa mungkin boleh dikategorikan Meroyannya dah masuk kategori Sasau
Buat hal ada makna tuu... kan dia tu ahli parlimen
Catat Ulasan