Isnin, 15 September 2014

Terkini: Khairy akui 55 peratus pengundi muda tidak sokong BN

Hahhaha, 100 tolak 45 sama dengan 55. Maka 55 peratus lagi memang tidak sokong BN. Kasihan Khairy, apa-apa lagi dia sudah tertiarap. Jadi Ketua Pemuda UMNO yang gagal. Kalau kerja hanya dapat 45 peratus apa kesudahnya.

Tapi Khairy lupa, sebenarnya sokongan pemuda sekarang sudah bertukar menjadi 50 - 50 ekoran kelemahan politik pakatan rakyat. Rakyat dah bosan beb.

Satu lagi aku nak ingatkan Khairy, orang muda bukan sahaja nak padang futsal. Kalau pemuda UMNO aku tak tau, tapi kalau pemuda lain lebih dari itu beb. Baca petikan kat bawah;

Pemuda Umno yakin seramai 45% pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak akan mensia-siakan peluang untuk terus memilih Barisan Nasional pada PRK itu, 25 September ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana pengundi muda itu mengetahui dengan jelas apa yang telah dilakukan BN pada masa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menjadi wakil rakyat DUN itu sejak tiga penggal lalu.

"Alhamdulillah saya lihat semua pengundi muda ini mengenali calon BN, (Mat Razi Mat Ail) yang mampu membawa kesinambungan Allahyarham dan mengambil berat masalah mereka.

"Mereka tahu jasa Allahyarham semasa menjadi wakil rakyat banyak membuat perubahan dan jika bukan jasanya tidak ada apa-apa sebenarnya di Pengkalan Kubor," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Pengkalan Kubor di Tumpat, hari ini.

Turut hadir pada program itu adalah calon BN Mat Razi yang mesra dipanggil ustaz.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kewibawaan calon BN yang dilihat bukan sahaja mampu membawa pembangunan fizikal tetapi juga mampu membawa golongan muda itu membentuk sahsiah yang baik berdasarkan kepada perwatakan ilmu agama yang ada pada Mat Razi.

Katanya dalam beberapa sesi pertemuan dengan golongan itu, mereka mahukan pembangunan yang lebih menyeluruh bagi masa depan mereka termasuk peluang ekonomi yang boleh disertai mereka.

Menurutnya hasrat golongan itu yang mahukan lebih banyak gelanggang futsal umpamanya akan diberi perhatian asalkan ada tapaknya.

"Masalah utama adalah tanah kerana ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Apa pun kita jamin untuk bina juga gelanggang itu," katanya.

Beliau turut mengingatkan jentera Pemuda supaya berkerja dengan berkesan kerana mereka bakal berdepan saingan yang sengit dengan parti lawan yang akan melakukan apa sahaja untuk merampas DUN berkenaan. – Bernama, 15 September, 2014.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: