Khamis, 25 September 2014

Taktik Jahat, Umno Makin Tertekan


PENGKALAN KUBOR, 24 Sept - Melihat respon baik pengundi dan reputasi calon PAS di Pengkalan Kubor, UMNO dilihat semakin tertekan sehingga membuat satu provokasi melampau sebagai senjata terakhir mereka.



Terbaharu, penerbitan risalah 'Pengkalan Kubor Kito' yang palsu banyak ditemui. Malah, terdapat artikel yang memburukkan PAS dan berbaur hasutan supaya berlaku pergaduhan antara ahli PAS.



Tindakan provokasi melampau UMNO dalam kempen ini jelas menunjukkan bahawa parti pimpinan Najib Razak itu berada dalam keadaan terdesak hingga sanggup melakukan perbuatan yang tidak berintegriti tersebut.



Beberapa hari lepas, pihak UMNO juga telah mengeluarkan satu risalah yang mendakwa PAS akan memberikan minyak petrol percuma kepada rakyat Pengkalan Kubor.



Turut respon perkara yang sama, Mohd Zaki Ibrahim, Timbalan Pengarah Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor menyatakan, beliau yakin UMNO berada dalam keadaan tertekan.



Malah, beliau turut menasihati calon Barisan Nasional supaya menasihati jenteranya dalam kempen yang semakin panas.



“Saya berharap calon Umno yang dilabel berimej ustaz menasihatkan jentera kempennya tidak menggunakan taktik yang bertentangan dengan ajaran agama,” tambahnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

kalau menurut tajuk, memang itulah kenyataan mereka. apa yg palsunya? isi berita tak jelas...

Tanpa Nama berkata...

Harap umno jgn cuba pisahkan silaturrahim 3 parti ini demi menegakkan isle di malaysia.

Tanpa Nama berkata...

UMNO LANGSONG TAK BERNIAT NAK PISAHKAN 3ABDUL .

Tanpa Nama berkata...

buat le report polis kalau belum