Rabu, 24 September 2014

Langkah sumbang pertama Azmin Ali?


oleh: pen buruk online ™

Aku tak nak ulas lebih-lebih. Nanti ramai penyokong Azmin melenting dan marah. Tapi cuba hangpa baca petikan yang aku bubuh kat bawah ;

Beliau dalam pada itu menegaskan pihaknya tidak akan mendedahkan sebarang polisi, urusan dan perjanjian yang dibuat oleh menteri besar sebelumnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkenaan dengan beberapa projek besar yang diuruskan oleh Abdul Khalid sebelum ini.

“Saya tidak akan mencadangkan untuk dedahkan sebarang maklumat mengenai urusan dan perjanjian melibatkan perjanjian Kidex, perjanjian Aset Air Negeri Selangor atau seumpamanya.

“...Bagaimanapun saya akan mendapatkan taklimat penuh berkenaan isu-isu tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di kediaman ibunya di Kampung Klang Gate, di sini hari ini. ~SH

Kalau tak salah pen buruk online ™, pakatan sibuk sangat suruh kerajaan pusat dedah perjanjian itu ini. Tapi tang ni apa pulak cerita. Hangpa ada jawapan? Azmin tak ada kuasa nak dedah? Bukankah dia sudah jadi MB? APakah Azmin Ali terikat dengan perundangan? Jika Azmin sengaja tidak mahu dedahkan maka inilah yang aku katakan mungkin langkah sumbang pertama Azmin Ali.

Mudahan ada pencerahan dan kepada penyokong Azmin jangan marah daaa ..


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Yang lapor tu suratkhabar Umno. Yang hang pi kutip buat apa? Yang dilaporkan olih lain2 media massa ialah Azmin akan mengkaji semua tu.

Aku masih lagi berpendapat Wan Azizah boleh menjadi MB yang terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum jadi MB dah angkat sumpah. Jadi dia dah terikat dengan undang2 sekarang yang menyekatnya untuk mendedahkan perkara yang tidak dibenarkan. Bukan tak nak dedah, tapi tak boleh nak dedah. Dedah kalu......pencen awal la....

Ada paham??