Isnin, 15 September 2014

Nik Nazmi yang kurang ...

KUALA LUMPUR - "Semua perbincangan tidak harus disebut sebagai keputusan," demikian respons Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar tentang pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai butir perbincangan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu MB Selangor.

Berkata lanjut, Mahfuz menyifatkan Nik Nazmi sebagai seorang yang kurang 'cerdik' lantaran tidak dapat membezakan antara perbincangan dengan hasil keputusan mesyuarat.

"Nama pun berbincang.. janganlah dibawa ke luar dan dihebahkan pula kepada umum.

"Perbincangan sahaja, bukan keputusan, jadi tidak wajar beliau membawa keluar isi kandungan berkenaan.

"Kalau perbincangan di kedai kopi pun, hanya perbincangan bolehkah dijadikan keputusan, bincang lain, keputusan yang dibuat itu lain," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, beliau menambah tindakan sedemikian hanya akan mengundang sikap kurang senang ahli untuk hadir dalam apa juga perbincangan selepas ini.

"Barangkali ada yang menganggap tidak perlu hadir mana-mana perbincangan kerana ia akan diketahui selepas itu.

"Mungkin juga ada yang takut untuk hadir kerana perbincangan sahaja dianggap sebagai keputusan," katanya.

Mahfuz turut mengingatkan supaya Nik Nazmi lebih cermat dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi berhubung hal dalaman PR.

Kelmarin, Nik Nazmi memberikan kenyataan media berhubung pertemuan di antara Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Pusat Suhaizan Kaiat dengan Abdul Hadi pada Jumaat lalu.

Pertemuan itu adalah antara siri pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti-parti komponen PR yang dipersetujui Pemuda PR dalam usaha menyelesaikan hubungan dalaman berikutan isu Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan tersebut, Nik Nazmi turut melahirkan kerisauan apabila ditanya tentang pandangan jalan keluar terhadap isu ini apabila Abdul Hadi ingin mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memantau sendiri kelemahan Abdul Khalid.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: