Selasa, 16 September 2014

Mat Sabu seolah suruh PAS 'buka baju'

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Nik Abdul Abduh Nik Aziz berpandangan "macam ada sesuatu yang tak kena" berkaitan gesaan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu yang meminta kumpulan Islamis dalam parti itu mereformasi dan menaik taraf diri mereka agar kekal relevan.

Katanya, gesaan itu umpama "ada sesuatu yang tidak kena" apabila Mat Sabu dilihat meminta parti itu "membuka baju".

"Ada desakan supaya PAS maju ke depan. Dan kenyataan beliau (Mat Sabu) pada saya seolah-olah menyuruh PAS pecat (buka) baju sedangkan kita ini kalau nak suruh nampak menarik tak perlu pecat baju, kita kena basuh baju," ketika diminta mengulas gesaan Mat Sabu itu.

"Jadi saya fikir macam ada sesuatu yang tak kena. Tapi saya tak fikir
lagi untuk megulas panjang. Saya hormatilah kenyataan dia sebagai timbalan (presiden)," ujar Nik Abduh ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Kelantan, malam tadi.

Sementara itu, Nik Abduh mengakui parti itu kini berdepan dengan krisis dalaman parti.

Bagaimanapun ahli jawatankuasa PAS itu berkata, perkara itu hanya akan ditangani diantara pemimpin parti itu sendiri.

"Ya...ya. PAS sekarang dalam krisis. Cuma sekarang ini ialah kita nak tangani krisis itu dengan PAS," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Kelantan, malam tadi.

Sementara itu, mengulas mengenai tulisan di laman Facebooknya minggu lalu yang mengkritik tindakan dua ADUN PAS Selangor menyokong PKR sebagai pengkhianat, Nik Abduh berpendapat, kenyataannya itu merupakan pandangan majoriti pemimpin PAS.

Malah, katanya, perkara itu juga turut dipersetujui oleh ayahnya yang juga merupakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya yakin pandangan saya ialah pandangan majoriti pemimpin PAS di peringkat pusat dan saya tanya ayah saya pun, ayah saya setuju yang mereka pengkhianat.
Malaysiakini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: