Jumaat, 12 September 2014

Berita buat kakitangan awam

Kementerian Kewangan hari ini menafikan dakwaan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan dimansuhkan, sebaliknya kerajaan bercadang menjadikan bahagian itu sebagai sebuah badan berkanun.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dalam satu kenyataan malam ini berkata kerajaan juga mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.

Kerajaan memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan di bawah badan berkanun yang bakal ditubuhkan itu tidak akan merugikan penjawat awam, katanya.

"Syarat-syarat pinjaman perumahan masih dikekalkan sebagaimana yang dinikmati mereka pada masa kini, malahan sebagai peminjam, penjawat awam akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan," tambahnya.

Beliau berkata:"Pada masa ini, BPP dengan perunding yang dilantik bagi proses pemerbadanan ini sedang menyediakan Rang Undang-undang penubuhan badan berkanun berkenaan dan Skim Saraan baharu bagi kakitangan badan berkanun tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: MOT nafi mansuh Bahagian Pinjaman Perumahan]

Penjawat awam yang memilih untuk menyertai skim ini kelak dijangka akan menikmati beberapa faedah sebagaimana yang dinikmati oleh lain-lain agensi yang telah diperbadankan, katanya.

Mohd Irwan turut memberi jaminan bahawa pengurusan pinjaman perumahan di bawah badan berkanun tidak akan merugikan kakitangan terbabit.

Beliau berkata antara faedah yang bakal dinikmati oleh penjawat awam yang menyertai skim baharu itu adalah tangga gaji yang lebih tinggi berbanding dengan skim sedia ada.

Baru-baru ini media melaporkan kononnya Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan cadangan untuk memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan melibatkan penjawat awam.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, pada Isnin menyarankan BPP dijadikan sebuah badan berkanun kerana penggantiannya dengan GLC atau institusi kewangan lain dibimbangi akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi mendapat kemudahan pinjaman perumahan sedia ada. - Bernama

more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: