Sabtu, 9 Ogos 2014

Respon terkini TS Khalid Ibrahim mengenai pemecatannya dari PKR

Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat
dari segi undang-undang.

Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab, pihak parti itu sendiri keliru dengan maklumat lanjut mengenai tuduhan terhadapn
saya. Malah, PKR gagal menjelaskan secara khusus artikel dalam perlembagaan parti yang telah saya cabuli.

Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin ditangguhkan kepada 15 Ogos 2014 tetapi tiada jawapan balas
diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa mendengat penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk
menjawab tuduhan terhadap saya mengikut proses yang betul.

Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, dan mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan
meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: