Sabtu, 9 Ogos 2014

Panas ..!! erkini .. PKR sah pecat Khalid Ibrahim ..!!



PKR singkir Khalid dari parti

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

“Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai yang sebulat suara memilih presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

"Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan menteri besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

“Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat," kenyataannya dipetik.

Tan yang juga pengerusi lembaga disiplin berkata, MPP juga mengambil kira perkembangan berikut:

• Khalid mengingkari keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat agar menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2, dan menagguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan ADUN negeri Selangor

• Khalid gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor

• Khalid berkeras meneruskan projek lebuh raya Kidex walaupun PKR mengarahkan beliau mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat

• Khalid gagal menjelaskan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Dalam sidang medianya selepas itu, Tan berkata Khalid masih lagi berpeluang untuk merayu keputusan MPP dalam tempoh 40 hari.

Tambahnya, keputusan MPP hari ini hanya melibatkan kedudukan Khalid dan tidak menjejaskan kedudukan Exco dan ADUN lain.

Menurut Tan, MPP turut mengambil kira +Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Khalid diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya. -mk

35 Adun Bersama Anwar Ibrahim, Khalid Dipecat Dari PKR

Datin Seri Wan Azizah dan 35 Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor.

Sebentar tadi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Menurut sumber penyingkiran ini dipercayai dibuat setelah PKR berjaya mendapat sokongan 35 ADUN PR untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baru.

Sementara itu Malaysiakini.com melaporkan pemecatan Khalid dari PKR diumumkan oleh anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.

Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor. Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini. -wargamarhaen


PKR ambil langkah betul singkir Khalid, kata DAP



DAP mengalu-alukan keputusan mengejut PKR hari ini menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu kerana peluang secukupnya sudah diberikan kepada menteri besar Selangor itu.

PKR hari ini memecat Khalid kerana mengingkari keputusan parti yang mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baru.

"Saya berasakan ia satu langkah yang betul. Khalid sudah diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya menerusi proses yang berkaitan.

"PKR mempunyai hak untuk mendisplinkan ahlinya," kata timbalan pengerusi DAP Selangor dan ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad pula berkata PKR mempunyai hak untuk memecat ahlinya dan sewajarnya hal ehwal masalah dalaman parti itu tidak perlu dicampuri.

"PKR mempunyai hak untuk hak memecat ahlinya, itu hal dalaman mereka," kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menghormati keputusan PKR itu.

"Saya hormati keputusan mereka, itu keputusan dalaman parti mereka."

Khalid juga berkata PKR sebelum ini tidak masuk campur dalam urusan PAS, memberi contoh pemecatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Datuk Dr Hasan Ali.

"Dulu masa kita ada masalah pecat Hasan Ali, PKR tidak masuk campur pun," katanya.

Khalid memberi bayangan kemungkinan pilihan raya negeri Selangor mungkin diadakan sekiranya kepimpinan PAS masih menyokong Khalid.

"Saya nampak lebih ke arah itu (pilihan raya).”

Mengenai pendirian PAS, Khalid berkata perlu menunggu keputusan daripada mesyuarat parti.

"Itu perlu tunggu mesyuarat," kata Khalid, apabila ditanya mengenai pendirian PAS dengan perkembangan terkini tersebut.

-TMI


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: