Kenyataan yang diedar bertajuk 'MPN Selangor Cadang Dua Nama Untuk Selesai Kemelut MB' itu jelas bertentangan dengan sidang media yang sedang berlangsung ketika itu.
Sidang media yang dikendalikan wakil-wakil Rakyat dan wakil-wakil cabang PKR Selangor itu menyebut tentang sokongan mereka terhadap cadangan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Menurut kenyataan yang disebar itu, MPN Selangor menghormati sokongan beberapa pimpinan kepada Wan Azizah namun berpendirian PKR harus membenarkan seorang lagi nama diangkat iaitu Mohamed Azmin Ali.
Gara-gara percanggahan itu, semua media bangkit untuk meminta penjelasan daripada Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang mengetuai sidang media tersebut.
Pada awalnya beliau dan wakil-wakil lain enggan memberi sebarang kenyataan namun selepas sidang media selesai, pihak media berjaya mendapatkan kenyataan daripada Zuraidah.
"Pihak kami tidak keluarkan kenyataan itu dan kami tidak tahu (siapa yang edar).
"Tapi kami akan siasat perkara ini," katanya.
sumber
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan