Khamis, 7 Ogos 2014

Aman Palestin songlap duit bantuan Gaza?

Badan yang giat membantu Palestin, Aman Palestin menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang menuduh badan tersebut tidak amanah.

Menurut satu kenyataan di laman Facebooknya, Aman Palestin menerima pelbagai aduan tentang fitnah yang tersebar itu.

“Aman Palestin menerima pelbagai aduan daripada banyak pihak berkenaan fitnah yang tersebar berkenaan pertubuhan ini terutamanya berkenaan penyaluran dana dan sumbangan.

“Antaranya, Aman Palestin menyalahgunakan derma, derma yang disumbangkan melalui Aman Palestin tidak sampai kepada rakyat Palestin, Aman Palestin tidak amanah mengurus dana dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihaknya meminta agar orang ramai membantu mengirimkan paparan skrin kepada Aman Palestin sekiranya ada menerima sebarang sebaran fitnah tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Mohon kerjasama dan bantuan daripada sahabat-sahabat yang ada menerima sebarang sebaran fitnah atau tuduhan terhadap Aman Palestin melalui laman-laman sosial untuk menghantar ‘screenshot’ atau ‘printscreen’ kepada kami.

“Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang mula-mula menyebarkan fitnah berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Aman Palestin menegaskan bahawa operasi dan gerak kerjanya sehingga kini tidak pernah bertentangan dengan undang-undang negara.

“Petugas-petugas media dan sukarelawan dari pelbagai latar belakang yang berkesempatan menyertai misi-misi Aman Palestin sama ada ke Gaza, Lubnan, Tebing Barat dan Syria adalah saksi bahawa sumbangan orang ramai sampai kepada rakyat Palestin yang memerlukan.

“Dana disalurkan merangkumi pelbagai projek termasuk di sektor kemanusiaan, perubatan, pertanian, pentadbiran, pembangunan masjid dan sebagainya. Begitu juga para penaja anak-anak yatim Palestin yang pernah berkesempatan berjumpa sendiri dengan anak-anak angkat mereka di Gaza adalah saksi derma mereka sampai ke tangan rakyat Palestin.

“Aman Palestin telah diberikan pengecualian cukai dan derma sumbangan orang ramai melalui Aman Palestin juga berhak mendapat pengecualian cukai,” katanya.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

jgn nafi sahaja... tunjuklah bukti
yg kita nak telus jujur & amanah
bukan penafian..... jgn jual agama

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana benar dan takut kerana salah. Buat baik dan kebajikan bukan kerana hendak dipuji atau dipuja. Kalau tak buat, apa yang hendak dibimbangkan? Biasalah, orang baik kena kutuk.. Tak perlu marah-marah bang. Yang penting Allah swt tahu apa yang kita lakukan...