Sabtu, 23 Ogos 2014

Nurul Izzah mengaku salah ..


Kes saman Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin selesai hari ini apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka kepada bekas menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah mengakui terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat pada 4 Mei tahun lepas iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

"Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

"Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas," katanya.

Kenyataan maaf itu dibuat di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamed di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, disaksikan Nong Chik.

Pada 5 Februari lalu, kes saman antara Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi di hadapan Hakim Zainal L Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur selepas semua pihak tidak bersetuju dengan terma penyelesaian.

Pada 17 Julai tahun lepas, Nong Chik memfailkan saman itu terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nong Chik mendakwa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah itu dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail.

Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu diterbitkan dalam laman web Malaysiakini pada hari sama, iaitu 4 Mei tahun lepas.

Beliau memohon perintah injunksi supaya semua defendan sama ada melalui diri mereka atau ejen-ejen mereka dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.

Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Menurutnya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini terjejas teruk. – 21 Ogos, 2014.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

bapak & anak sama2 penipu...