Rabu, 13 Ogos 2014

Notis aduan gesa Ketua Hakim Negara bertindak terhadap peguam Anwar

"Notis aduan ini dibuat setelah para pengadu mengesyaki penyataan awam Surendran itu terdapat unsur-unsur yang mempersoal integriti kehakiman negara serta mendapat unsur jenayah menghina institusi kehakiman.

PUTRAJAYA: Sebanyak 32 individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan notis aduan di pejabat Ketua Hakim Negara untuk membolehkan prosiding menghina mahkamah dikenakan terhadap peguam N Surendran berhubung kenyataannya mengenai penetapan tarikh pendengaran rayuan kes sabitan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili kumpulan itu berkata, notis aduan berkaitan kenyataan Surendran bahawa mahkamah seolah-olah diperalatkan untuk mempercepatkan rayuan sabitan liwat Anwar.

Mohd Khairul Azam yang menyerahkan notis aduan itu kepada pejabat Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, hari ini turut menyertakan klip video mengenai kenyataan media yang dibuat Surendran pada 8 Ogos lepas.

Notis aduan itu diterima bagi pihak Arifin oleh pegawai khasnya, Alwi Abdul Wahab. Kumpulan itu turut disertai dua bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Musa Hassan.

"Notis aduan ini dibuat setelah para pengadu mengesyaki penyataan awam Surendran itu terdapat unsur-unsur yang mempersoal integriti kehakiman negara serta mendapat unsur jenayah menghina institusi kehakiman.

"Tindakan tegas perlu diambil agar semua pihak yang terkilan dengan apa jua keputusan mahkamah agar tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan awam yang boleh ditafsirkan rakyat sebagai satu penghinaan kepada mahkamah," tegas Mohd Khairul Azam.

Pada 8 Ogos lepas, Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai dan peguam yang mewakili Anwar membantah penetapan tarikh pada 8 dan 9 September sebagai tarikh pendengaran rayuan oleh Mahkamah Persekutuan.
Ia berikutan peguam utama, Datuk Sulaiman Abdullah tidak dapat hadir pada tarikh berkenaan kerana mengalami masalah jantung dan menjalani pembedahan lutut, dan kini sedang cuti sakit hingga 13 Oktober depan.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwa raya untuk mensabitkan Anwar atas pertuduhan meliwat.

Mahkamah itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari, 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar tetapi membenarkan penangguhan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Ketua pembangkang itu dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan manakala pihak pendakwa raya mengemukakan rayuan balas untuk menambah tempoh hukuman penjara ke atas Anwar.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan akan mengadakan pengurusan kes di mahkamah terbuka esok untuk menetapkan tarikh baharu untuk mendengar ketiga-tiga rayuan melibatkan kes liwat Anwar.

- BERNAMA

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: