Ahad, 6 Julai 2014

Piala Dunia 2014: (VIDEO) Belanda mara ke separuh akhir tewaskan Costa Rica melalui penentuan penalti

SALVADOR, Brazil 6 Julai - Naib juara 2010, Belanda memerlukan penentuan sepakan penalti untuk layak ke separuh akhir Piala Dunia selepas menumpaskan Costa Rica 4-3, sebentar tadi.

Costa Rica mempamer pertahanan kental diketuai penjaga gol, Keylor Navas untuk memaksa perlawanan berkesudahan 0-0 selepas tamat 120 minit permainan masa tambahan.

Jurulatih Belanda, Louis van Gaal membuat kejutan apabila menukar penjaga gol utamanya, Jasper Cillessen dengan Tim Krull dalam penentuan sepakan penalti.

Tindakan itu nyata tepat apabila Krull menyelamatkan percubaan Bryan Ruiz dan Michael Umana untuk membawa kemenangan pasukannya.

Wira Belanda yang menyempurnakan sepakan adalah Robin van Persie, Arjen Robben, Wesley Sneijder dan Dirk Kuyt. - AGENSI












sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: