Insiden tersebut yang membabitkan Hanisha Abdul Rahman, 29, dan Muhammad Mukamil Nordin, 22, berlaku pada tengah malam 22 Jun lalu, di luar perkarangan sebuah rumah di Salak Tinggi.
Turut ditangkap khalwat adalah dua pelajar yang masing-masing berusia 19 dan 21 tahun yang tinggal dalam rumah berkenaan.
Hanisha yang bekerja di sebuah kedai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) mendakwa mengenali Muhammad Mukamil yang juga seorang pemandu limosin lapangan terbang.
Muhammad Mukamil sering membawa Hanisha pergi dan balik dari tempat kerja.
"Dia adalah pemandu kami," kata Hanisha kepada pemberita pada sidang media di sini, Jumaaat.
Terdahulu, Jais mendakwa keempat-empat individu tersebut ditangkap di dalam rumah walaupun Muhd Mukamil berada di luar perkarangan rumah selepas menghantar Hanisha.
"Maruah dan nama baik saya telah dipertikaikan," katanya.
Peguam Lawyers for Liberty, Latheefa Koya, yang mewakili keempat-empat individu itu berkata, satu laporan polis telah dibuat terhadap pegawai Jais yang terlibat dalam penangkapan itu.
sumber
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan