Jumaat, 4 Julai 2014

Kebanyakan ladang babi di Melaka tiada sistem kumbahan

Kebanyakan pengusaha ladang penternakan babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah di sini didapati tidak mempunyai sistem sisa kumbahan yang teratur dan sistematik.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka, Dr. Azlan Enjah berkata, pihaknya turut menerima aduan penduduk berhubung tindakan segelintir penternak yang membuang sisa kumbahan haiwan itu di Sungai Tuang di sini.

"Ada penternak dikesan menyalurkan sisa kumbahan terus kepada parit atau sungai melalui sambungan paip haram, namun kita tidak dapat mengambil tindakan kerana tiada undang-undang khas untuk mencegah perbuatan berkenaan," katanya kepada pemberita ketika mengiringi lawatan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman ke beberapa ladang babi di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan Melaka telah meluluskan Kaedah-kaedah Pelesenan Menternak Babi Negeri Melaka 2013 bagi menambah baik Enakmen Menternak Babi 1980 mengikut keperluan semasa.

Katanya melalui kaedah pelesenan itu, penternak perlu mengikut syarat dan spesifikasi penternakan yang menggariskan beberapa kriteria antaranya sistem pengurusan ladang dan kumbahan yang teratur, serta kebersihan ladang dan pengawalan pencemaran alam sekitar.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: