Jumaat, 4 Julai 2014

Bantuan OKU: Jangan banding dengan negara lain,harga minyak, elektrik, cukai pandai pulak banding dengan negara luar!!

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Norani Mohd. Hashim memberitahu bantuan yang diterima orang kurang upaya (OKU) di negara ini tidak sepatutnya dibandingkan dengan negara lain.

Menurutnya, bantuan yang diberikan kepada OKU mengikut kemampuan dan budaya negara ini.

"Saya rasa kita tak boleh nak bandingkan Australia dengan Malaysia.

"Kita ikutlah kemampuan dan budaya kita. Australia itu Australia lah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan personaliti TV terkenal, Wardina Saffiyah yang mempertikai bantuan yang diterima OKU di negara ini dan mengambil Austalia sebagai contoh.

Dalam sidang media sama, Norani memberitahu, kerajaan terus menghulurkan bantuan kepada golongan OKU termasuk badan bukan kerjaan (NGO) yang menyediakan perkhidmatan kepada golongan tersebut.

"Selain daripada kita beri bantuan kepada OKU, kita juga beri kepada NGO yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU kerana kerajaan beri geran tahunan kepada NGO ini untuk membantu.

"Kita cuba beri yang terbaik. Mungkin orang luar ada yang tidak tahu," katanya.

Setakat akhir Disember tahun lalu, sebanyak 131,000 OKU telah menerima bantuan.


sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: