Selasa, 17 Jun 2014

Piala Dunia 2014: Jerman belasah Portugal 4 - 0

SALVADOR: Thomas Mueller menganggap jaringan hatrik olehnya ketika membantu Jerman menewaskan Portugal 4-0, awal pagi sebagai satu saat indah dalam kerjaya bola sepaknya.

“Ia sesuatu yang amat menakjubkan untuk menjaringkan tiga gol dalam perlawanan seperti ini. Dengan bekalan selesa jaringan seperti ini anda harus anggap anda sudah layak memenangi perlawanan ini,” katanya.

Dia juga tidak banyak membicarakan gelagat pemain pertahanan, Pepe yang dilayangkan kad merah pada minit ke-37 sebaliknya berkata: Saya terasa seperti tumbukan ke muka saya dan apa berlaku selepas itu tiada kaitan dengan saya.”

Mueller mencipta hatrik pada minit ke-12, 45 dan 78 manakala satu lagi gol sumbangan Mats Hummels (minit ke-32).

Pemain terbaik dunia, Ronaldo bermain pada aksi 90 minit permainan selepas menanggung kecederaan baru-baru ini tetapi kapten Portugal itu tidak mampu mengelak pasukannya diaibkan lawan.

“Kami kalah perlawanan ini pada babak pertama,” kata jurulatih Portugal, Paulo Bento. Dia kemudian menambah: “Saya berasa adalah lebih baik saya tidak memberi apa-apa komen mengenai pengadil (Milorad Mazic).”

Portugal menanggung derita sama di Arena Fonte Nova seperti pasukan tetangga mereka, Sepanyol yang dibelasah Belanda 5-1, Jumaat lalu. - AFP
INFO: Fakta menarik Thomas Mueller
1 Muncul penjaring terbanyak Piala Dunia 2010 dengan lima gol
2 Sudah menjaringkan 20 gol daripada 50 kemunculan untuk Jerman
3 Sudah tanda tangani kontrak untuk kekal bersama Bayern Munich sehingga 2019
4 Ayahnya, Gerhard tidak ada kaitan dengan legenda Jerman, Gerd Mueller yang dikenali ‘Der Bomber’ pada era 70-an

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: