berprofil tinggi model kelahiran Mongolia iaitu Altantuya Sharibuu beberapa tahun yang lepas.
Azilah telah ditangkap khalwat sekali lagi selepas disyaki bersekedudukan dengan isteri orang di sebuah kuarters polis di Sepang, Selangor awal pagi tadi.
Azilah yang masih berstatus bujang ditangkap berdua-duaan dengan Musliha Makrani yang juga seorang anggota polis oleh suami Musliha sendiri.
Ketika ditangkap, Azilah ditemui sedang menyembuyikan diri dalam sebuah bilik di sebalik timbunan pakaian di tepi katil manakala ketiga-tiga anak Musliha
sedang tidur.
Kemaskini dari Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang daripada tertuduh dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Cif Inspektor Azilah Hadri, hari ini
ditangkap khalwat bersama seorang anggota polis wanita.
Mereka dikatakan ditangkap oleh suami wanita terbabit yang juga seorang anggota polis pada kira-kira pukul 2 pagi di perumahan polis Ibu Pejabat Polis
Daerah Sepang.
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan khalwat itu.
Katanya, Azilah, anggota Unit Tindakan Khas dan wanita tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor atas pertuduhan khalwat dan polis juga
telah membuka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib terhadap mereka.
"Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis," katanya.
Isnin ini, Azilah sepatutnya hadir ke Mahkamah Persekutuan bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dan pelepasannya bersama seorang
lagi tertuduh dalam kes itu, Koperal Sirul Azhar Umar, 43.
Kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
sumber
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
polis malaysia,baik lelaki mahupun wanita memang hebattttttt....
Agak agak altantuya kena toron tak dengan mamat ni ? misteriiii
you sebagai isalm melayu pakai lha indon filipina free sex polis pun pakai dia orang selama ini pakai lah oatak sikit walu pun naik viagra jangan cuci islam dengan darah dosa
Catat Ulasan