Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata musuh Umno memang selalu dan berterusan berusaha menjatuhkan Umno.
Takkan baru sekarang Zahid sedar dan tahu. Objektif parti lain ialah menumbangkan Umno secara demokratik mengikut cara yang dibenarkan oleh undang-undang.
Ini bukan rahsia. Ya, kami mahu tumbangkan Umno supaya kita boleh menubuhkan sebuah kerajaan yang demokratik, memerintah mengikut undang-undang dan melaksanakan dasar yang memaksimakan kebahagiaan dan kebajikan rakyat. tidak ada misteri di sini.
Caranya ialah melalui peti undi dan pilihan raya. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), rakyat lebih ramai memilih parti pembangkang yakni Pakatan Rakyat (PR) daripada Barisan Nasional (BN).
PR dapat 51% undi popular manakala BN dapat 47%. Dua peratus diperolehi oleh parti bebas seperti PSM dan sebagainya.
Kalau tak faham fakta ini, sia-sialah Zahid dapat ijazah kedoktorannya. atau mungkinkah tesis kedoktorannya ditulis oleh orang lain?
Sebab percakapan dan perbahasan Zahid di luar dan di dalam Parlimen tidak mencerminkan kesarjanaannya.
Apa yang terjadi dalam negeri Terengganu, tidak berkait langsung dengan orang lain.
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (Mat Said) adalah orang Umno. Ini kes sesama Umno kelahi dan punca segalanya ialah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang tidak tegas.
Rakyat harus sedar tanggapan umum Mat Said kaki gedebe yang menyamun harta benda Terengganu.
Najib tahu hal ini. Walaupun tahu, dia kekalkan Mat Said sebab sememang dari mugla ketika PRU13 hendak dilangsungkan, Mat Said sudah menakutkan Najib mengugut bahawa dia dan geng-geng lain akan keluar Umno.
Apatah lagi ketika itu, BN menang 17-15. Najib yang sedia penakut akan hilang kuasa dan hilang negeri Terengganu terpaksa ikut cakap Mat Said.
Perjanjian antara Mat Said dengan Najib adalah penjanjian sesama orang “crook”.
Perjanjian seperti ini adalah perjanjian untuk memusnahkan negeri dan negara. ianya semata-mata untuk mengekalkan kuasa yang masing-masing ada.
Semua dunia tahu, kawasan balak yang Mat Said luluskan lebih besar dari keluasan yang diluluskan semasa Wan Mokhtar jadi Menteri Besar Terengganu.
Dan Wan Mokhtar jadi MB jauh lebih lama dari Mat Said. Dan Mat Said menguasai wang ehsan dari Petronas selama enam tahun tapi rakyat Terengganu apa dapat?
Jadi tak payahlah Zahid nak bersandiwara dan berdrama mengatakan apa yang berlaku dalam Umno Terengganu ini angkara orang lain.
Kalau sudah ada penjahat dan lanun dalam parti Umno negeri itu, tak perlu orang lain mengganggu Umno. Ianya akan hancur dari dalam.
Saya berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Apa lagi modal dan alasan orang Umno jika kemudiannya membuat U-turn? Mereka akan mengungkap kata-kata cliché kami berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Orang Pahang akan sebut – bila mereka jijik mendegar kenyataan cliché ini – orang lain tidak berjuang untuk agama, bangsa dan tanah airkah?
Perjuangan untuk bangsa Malaysia, tanah air Malaysia dan agama masing-masing bukannya monopoli puak Umno.
Boleh kita percaya bila orang Umno sebut perkara ini? Macamlah orang Umno sahaja yang berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.
Bukannya baru ini Umno perjuangkan perkara yang semua ahli Umno sebut – sudah 68 tahun. Setelah 68 tahun, rompakan dan rasuah lebih besar dari kemajuan dan pembangunan.
Setelah 68 tahun, 20% Melayu teratas menguasai 65% kekayaan Melayu. Wahai Umno, yang mesti diperjuangkan ialah kepentingan 40% Melayu terbawah.
Mereka ini yang memerlukan bantuan dan pertolongan bukannya yang 20% teratas itu.
Maka, kepada orang Umno yang suka sangat mengungkap kata berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air, berhentilah berdrama.
Sakmongkol AK47
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan