Selasa, 20 Mei 2014

Pilih lesbian kerana kecewa

Kekasih saya seorang perempuan. Kami hanya berbeza umur dua tahun saja. Percintaan sejenis kami sudah lama. Hubungan kami bermula atas dasar ambil berat. Kemudian perasaan itu bertukar kepada sayang dan seterusnya saling mencintai.

Saya pernah menjalin hubungan normal dengan beberapa lelaki, tapi semuanya berakhir dengan kekecewaan. Pendek kata saya tidak pernah dihargai lelaki.

Saya pernah mengalami putus tunang pada saat akhir hendak melangsungkan perkahwinan. Hanya Allah saja yang mengerti perasaan dan kekecewaan saya pada waktu itu.
{baca lagi klik butang papar ... }



Sejak itu saya terus membuang dan menolak kehadiran lelaki dalam hidup. Bagi saya semua lelaki hipokrit. Kini, saya berjumpa kekasih setia walaupun sejenis dengan saya.

Saya tahu hubungan kami berdosa besar dan tahu ia tidak akan kekal lama. Apa yang patut saya lakukan kerana hati saya langsung tiada perasaan terhadap lelaki. Hati dan perasaan saya hanya kepada perempuan saja.

KELIRU,
Pulau Pinang.

Kekecewaan percintaan dengan bekas tunang dan kegagalan bercinta dengan insan bernama lelaki banyak mengubah corak pemikiran dan gaya hidup adik.

Adik membuang jauh lelaki sebaliknya mencintai wanita sebagai galang ganti rasa kecewa.

Perhubungan lesbian adik membawa kepada kebahagiaan namun masih berada dalam dilema. Adik tidak mahu berterusan terpalit dengan dosa dan noda.

Adik mengatakan ingin bertaubat. Untuk itu, adik perlu mengambil langkah untuk berubah (bertaubat). Langkah pertama ialah mengembalikan kepercayaan untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup adik.

Salah satu cara untuk mengembalikan kepercayaan terhadap kaum lelaki ialah perlu mengubah corak pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional.

Pemikiran tidak rasional (bahawa semua lelaki adalah hipokrit) ternyata menguasai emosi sehingga adik lebih rela dan gembira bercinta dengan perempuan daripada lelaki.

Adik perlu membentuk sistem kepercayaan bahawa tidak semua lelaki adalah hipokrit. Realitinya, memang terdapat ramai lelaki yang setia kepada cinta yang satu. Cuma, adik belum bertemu lelaki jenis ini.

Seperti mana-mana perhubungan, banyak akan berakhir sebelum seseorang bertemu pasangan yang betul. Ternyata, bekas tunang adalah lelaki yang salah hadir dalam hidup adik.

Untuk mana-mana peristiwa tentunya mempunyai hikmah di sebaliknya. Namun, memilih kaum sejenis sebagai pengganti cinta yang hilang akan lebih membawa keburukan.

Selagi masih menganggap semua lelaki hipokrit, sehingga itulah adik sukar untuk mengubah corak hubungan songsang ini. Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci?.

Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta. Jika adik ingin membenci, orang itu ialah bekas tunang adik, bukan semua lelaki.

Jika adik berpisah dengan teman wanita, beritahu sebab mengapa adik tidak lagi ingin menjadi kekasihnya. Ini membuatkan dia faham perkara sebenar.

Meninggalkan dia tanpa sebarang alasan akan memudaratkan perasaannya samalah seperti perasaan adik yang dilukai apabila ditinggalkan bekas tunang. Dr doakan adik cukup berani mengambil keputusan yang membawa kebaikan. Dr doakan adik berjaya.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





MENARIK LAINNYA


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: