Jumaat, 9 Mei 2014

Pegawai Imigresen terima habuan' perempuan sebagai balasan


Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa ada pegawai imigresen bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di pusat borong Nilai 3 dan menerima habuan ‘perempuan’ sebagai hadiah.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa beliau menerima banyak aduan berhubung pegawai imigresen bersekongkol dengan Pati di Nilai 3.

“Kita terima banyak aduan yang mendakwa ada pegawai imigresen ‘runding’ dengan Pati. Kalau hari ini tangkap, esok mereka akan dilepaskan. Yang dilepaskan itu akan menyediakan seorang perempuan untuk diberikan kepada pegawai berkenaan.
{baca lagi klik butang papar ... }



“Pihak kami mempunyai bukti termasuk laporan polis yang telah dibuat oleh pengadu bagi menunjukkan perkara ini memang berlaku dan bukan tuduhan kosong,” kata Mohd Ridzuan.

Mohd Ridzuan berkata Ikhlas mahu semua jabatan kerajaan bersikap lebih tegas dalam menangani isu pendatang asing, terutama terhadap mereka yang berniaga di negara ini.

“Jika isu pendatang asing ini tidak diatasi, bagaimana kita mahu membantu peniaga bumiputera terutamanya di Nilai 3, yang ra ta-rata peniaga dan pekerja terdiri dari warga Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.

“Sebab itu saya gesa pihak berkenaan memandang serius masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang menyalahi undang-undang negara ini,” katanya.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Dah lama dah benda ni berlaku, sekarang baru nak repot, cuba cek handphone dengan dompet pegawai imigresen tu, mesti ada klip video lucah dengan pati dan kondom.

Tanpa Nama berkata...

Emmmmm

Tanpa Nama berkata...

seronoknya

Tanpa Nama berkata...

Altantuya masuk Malaysia dulu tu tanpa izin jugakah? Sebab tiada rekod dia masuk di Jabatan Imigresen, tiba2 mati berkecai kena letup di Malaysia tu benar2 ada. Siapa bagi jalan dia masuk boleh jumpa Razak dan dlm pengetahuan Najib pula tu? Tolong cerita, tak fahamlah.

Tanpa Nama berkata...

IKHLAS mesti tampil kedepan dan kemukan bukti dan fakta yang mengaitkan nama individu pegawai Imigresen dan tempat bertugas. Dah buat laporan polis ke?