Ahad, 11 Mei 2014

Nyata jelas, kerja calon bebas selama ini adalah rancangan UMNO .. ini buktinya!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.

Najib yang juga pengerusi BN berkata akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.

Ditanya adakah BN akan menurunkan calon daripada parti-parti komponen, Najib menjawab: "Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian".

Bercakap dalam sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-24 di Nay Pyi Taw, Myanmar, Najib berkata MCA sebagai sebuah parti sedang dalam proses penyatuan.

"Jadi adalah penting untuk MCA meneruskan proses itu supaya menjadi lebih disegani serta bertambah kukuh.

"Saya harap MCA akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan MCA sebagai parti politik dan parti dalam BN," kata Najib.

Semalam, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak.

- Bernama

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tidak diletakkan calon UMNO atau MIC? Deit! Sollu muttek, cunnik yillek ya .....

Tanpa Nama berkata...

Baru rakyat tahu, BN berani dikawasan miskin, bodoh, tak ada otak, boleh dibeli, di tipu, dirasuah, terutama kwsn melayu, bumiputra sbah dan serawak di situ pemimpin BN bagaikan superman berseluar dalam diluar. Dikawasan Elite, penghuninya educated, penduduknya mewah, peratus pengundi bangsa non bumi jauh melebehi, BN bersembunyi bagaikan Tikus dilubang Najis, Takut menghadapi Kenyataan yang mereka ini Rakyat Malaysia dan Manusia biasa cuma.